MULA aktif bergelar pelakon sejak dua tahun lalu, aktor dan model Zhen Ning nekad mencuba nasib untuk mencipta nama dalam pasaran industri hiburan Melayu. Zhen, 24, menyifatkan industri hiburan tempatan dipelopori bangsa Melayu lebih fleksibel serta memberikannya kebebasan untuk berkarya dalam setiap watak yang diberi. Malah persaingan yang rendah dalam kalangan pelakon berbangsa Cina turut menjadi faktor dia membuat keputusan berkenaan. Zhen berkongsi perkara itu pada sidang media drama Benci Jadi Cinta. "Saya sendiri memilih (industri Melayu). Sejujurnya berkerja dengan produksi Cina buatkan saya rasa tertekan kerana mereka agak tegas dalam beberapa aspek. "Bagi saya, industri Melayu lebih memberikan saya kebebasan untuk berlakon dengan cara saya sendiri. "Peluang pelakon Cina untuk menyinar dalam industri Melayu agak tinggi, kerana persaingan tak banyak," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Dah biasa bergaul sejak kecil, Mek Yun tak kekok masuk industri drama Melayu ARTIKEL BERKAITAN: Kurang Pelakon Cina Buatkan Kin Wah Tidak Perlu Bersaing Zhen berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Benci Jadi Cinta yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor. Bercerita pengalamannya berkerja dalam produksi Melayu, Zhen mengakui banyak belajar perkara baharu setiap kali terlibat dalam sebarang naskhah. Malah, dia berpeluang untuk memahami budaya serta agama Islam dengan lebih baik. Peluang pelakon Cina untuk menyinar dalam industri Melayu agak tinggi. ZHEN NING PELAKON/MODEL "Sejak saya berlakon dalam industri Melayu, ia berikan saya pengalaman yang segar yang tak dapat dimana-mana. "Saya belajar tentang budaya orang Melayu dan Islam memandangkan watak saya sebagai mualaf. Saya pernah diminta untuk berlakon solat dan baca al-Quran," kongsinya. Bagi memperbaiki penguasaan bahasa kebangsaan, Zhen berkata dia berkawan dengan ramai rakan berbangsa Melayu. Zhen membintangi drama Benci Jadi Cinta bersama Harissa dan Syahmie. "Saya memang berkerja keras untuk belajar Bahasa Melayu contohnya berkawan dengan orang Melayu dan ajak mereka bersembang. "Saya tahu saya tak berapa fasih jadi bila ada peluang seperti main permainan video dengan mereka, saya anggap ia sebagai latihan untuk saya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Zhen membintangi sebuah drama bersiri vertikal berjudul Benci Jadi Cinta yang disiarkan menerusi laman TikTok Drama Sangat bermula 9 Disember lalu. Selain Zhen, drama Benci Jadi Cinta turut menampilkan barisan pelakon baharu iaitu iatu Harissa Adlynn dan Syahmie Thsaqeef. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!