suria

Lan Zailan berada dalam keadaan kritikal, isteri mohon doa peminat

Lan kini menerima rawatan di hospital.

KEADAAN pelakon Lan Zailan dilaporkan kritikal selepas kembali dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Ahad lalu.

Berkongsi perkara tersebut, isteri kepada Lan iaitu Ruby Sara Omar memberitahu pihak keluarga juga sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini itu dan diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Bacaan oksigen abang Lan okey tapi keadaan dia agak teruk. Doktor kata tak boleh ikut pada bacaan itu sahaja, kena ikut pada kemampuan dia juga.

lan zailan 2

Lan kembali dimasukkan ke hospital sejak Ahad.

"Doktor suruh panggil semua ahli keluarga dan anak-anak. Dia dipindahkan ke wad untuk mudahkan kami berkumpul.

"Maknanya doktor dah suruh saya bersedia terima kenyataan. Begitulah lebih kurang," katanya.

Lan Zailan, 66, sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan di PPUM sejak 27 November.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4, sel barah sudah merebak ke hati dan paru-paru

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lan Zailan cuma berselera makan buah pear, yakin boleh sembuh tanpa kemoterapi

Dia dibenarkan pulang pada Sabtu lalu sebelum kembali ke hospital disebabkan keadaan kurang stabil.

Dalam nada sedih, Ruby mengharapkan agar suaminya itu terus kuat melawan penyakit.

"Virus kanser aktif masuk ke paru-paru sebelah kirinya, bermakna sebarang kebarangkalian akan berlaku.

lan zailan 3

Ruby mohon doa ramai agar Lan kembali sihat.

"Moga ada keajaiban untuk abang Lan. Saya minta peminat doakan yang terbaik buatnya, ada keajaiban dan dia terus kuat," ujarnya.

Ruby turut memaklumkan Lan kini dalam keadaan sedar namun diberi ubat dos tinggi agar boleh berehat dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain