KETIKA gosip cinta mereka hangat diperkatakan netizen, tiba-tiba muncul dakwaan kononnya personaliti media sosial Aisar Khaled sekadar mahu menumpang populariti influencer dari Indonesia iaitu Fuji. Perkara itu dibangkitkan netizen selepas Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 24, memberitahu akan melawat rumah Fuji sekiranya dia mencapai dua juta pengikut di laman YouTube. Malah, Aisar juga berjanji akan menyediakan wang pinangan sebanyak 200 juta rupiah (RM55,480) sekiranya target tersebut dicapai sebelum tahun depan. Komen Aisar mengundang kecama netizen Indonesia. "Bismillah, cukup dua juta subscribers saya terus ke rumahnya (Fuji), saya siapkan juga duit sebanyak 200 juta rupiah jika capai target sebelum tahun 2025," katanya. Aisar menulis perkara itu menerusi ruangan komen di salah satu video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya. Komen tersebut bagaimanapun mengundang rasa kurang senang peminat Fuji sehingga menuduhnya menggunakan nama pempengaruh itu semata-mata untuk menghasilkan kandungan media sosial. Malah ada yang turut mengugut untuk tidak lagi mengikuti Aisar di platform media sosial selepas mengetahui niat sebenar YouTuber itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak memilih janji anak suka, bapa influencer Indonesia puji Aisar Khaled kacak dan baik ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aisar Khaled bawa kes tipu B40 ke mahkamah, Tiktokers pula tak datang perbicaraan Difahamkan, jumlah pengikut Aisar meningkat kepada satu juta secara mendadak selepas pengakuannya cuba mendekati Fuji tular di Indonesia. "Tak sedar lagi ke yang mamat ini manfaatkan Fuji untuk keuntungan dia saja. Mentang-mentang kat negara sendiri tak laku! "Saya terpaksa unsubsribe Youtube dia selepas baca komen itu. Rupanya-rupanya ada niat lain bukannya ikhlas pun," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!