SELEPAS sebulan mendirikan rumah tangga, suami Ina Naim iaitu Mohd Khairul berkongsi taktik yang dilakukan bagi memikat hati isterinya itu. Pada awal perkenalan mereka, Khairul atau nama sebenarnya Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, berkata Ina memintanya mengajar anak-anak, namun dia meletakkan bayaran tinggi sesuai pengalaman sebagai pendidik selama 14 tahun. Pun begitu, dia memberikan pilihan kepada Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, untuk menjadi isteri sekiranya tidak mahu dikenakan bayaran. Ina dan suami aktif berniaga sejak berkahwin. "Saya ajar pelajar diploma selama 14 tahun, saya cakap dengan dia kalau (ajar) anak dia saya akan caj RM180 untuk seorang. "Kalau empat orang sudah berapa? Kalau saya bagi diskaun RM700 lumpsum. Itu sejam kelas saya, (kalau) dua tiga jam?. "Macam inilah kalau awak nikah dengan saya... percuma. Rate saya macam itu," katanya. Khairul berkongsi perkara itu semasa di temubual Quran Enuur yang dimuat naik di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali ‘live’ bersama di TikTok dapat 2 juta likes, gelagat Ina Naim dan suami buat penonton terhibur ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jurutera dua anak akhirnya jadi suami Ina Naim, disatukan dengan sekali lafaz Menerusi video tersebut dapat dilihat Ina terhibur mendengar perkongsian daripada suaminya itu. Selepas mendengar perkongsian suaminya itu, Ina mencelah perbualan memberitahu sehingga kini anak-anaknya masih belum menerima sebarang pembelajaran selepas dua minggu mereka berkahwin. "Kita sudah kahwin tapi anak tak belajar lagi," seloroh Ina. Pada 8 November lalu, Ina dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor. Ini merupakan perkahwinan kedua Ina. Untuk rekod, Ina sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi pada 12 Oktober 2007. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Suhaimi, 44, meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi. Manakala Khairul pula merupakan duda anak dua. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!