suria

Disamakan macam bibik, Atikah Suhaime anggap isteri urus rumah tangga itu normal ikut seperti diajar ibu

Atikah berasa kurang apabila ada yang menyamakan tugas isteri seperti pemabantu rumah.

PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang menyamakan peranan seorang isteri seperti pembantu rumah.

Dalam hal ini, Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata layanan diberikan kepada suami adalah perkara normal apatah lagi ia sebahagian daripada tanggungjawab isteri.

"Masak untuk suami, keluarga dan teman suami. Tetapi dekat TikTok orang cakap macam bibik atau maid.

Copy of Untitled - 2024-12-17T111903.516

Atikah berkongsi perkara itu menerusi InstaStory pada Selasa.

"Banyak perkara yang saya buat sebagai isteri yang normal mengikut apa yang diajar oleh ibu saya," katanya menerusi hantaran di InstaStory.

Atikah turut memuat naik ciapan daripada seorang pengguna X yang menyifatkan isteri melayani suami dengan baik sebagai bidadari syurga.

Dalam nada musykil, Atikah turut bertanya sekiranya masih wujud isteri yang menjalankan kewajiban menguruskan urusan harian di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pakai rantai emas, Atikah Suhaime dah pernah tegur... “Saya pun belum sempurna”

ARTIKEL BERKAITAN: Mual cium bau bawang putih, peminat syak Atikah Suhaime sedang berbadan dua

"Saya ingat perkara itu normal? Dah tiada isteri buat macam ini lagi ke? Ke kalau buat, orang akan cakap orang macam bibik?" ujarnya.

Sebelum ini, Atikah berkongsi berita gembira dia sudah hamil empat bulan.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain