PENYANYI Shila Amzah memberitahu suaminya iaitu Ubai sedikit beremosi apabila dituduh melakukan kekerasan terhadap dirinya. Kata Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, ketika itu Ubai berharap agar penyebaran berita palsu yang tersebar di media sosial itu dapat dihentikan dengan segera. "(Ubai) cakap macam... apa ini? Ubai kecewa bila orang tuduh dia. Dia patah seribu dan mengadu pada saya. Shila turut terkejut dengan dakwaan berkenaan. "Dia tertekan bila baca banyak sangat artikel palsu mengenai dakwaan berkenaan kerana ia tidak berlaku," katanya kepada pemberita. Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui pengumuman Konsert Countdown MeleTOP 2025 yang berlangsung di Bukit Jalil pada malam Selasa. Menurut Shila, disebabkan kejadian itu juga dia mendapat ilham untuknya menyambung karya miliknya yang pernah tertunda dua tahun lalu. Malah Ubai juga turut serta menyiapkan lagu berkenaan sekali gus membantunya merawat trauma yang dihadapi. ARTIKEL BERKAITAN: Bersuara isu keganasan rumah tangga, Shila Amzah kesal suami pula dituduh kaki pukul ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah akhirnya miliki mikrofon peribadi, harganya boleh beli kereta buatan Malaysia "Disebabkan perkara itu saya teringat ada lagu yang pernah saya tulis mengenai perkara ini dua tahun lepas tapi tidak berjaya dihabiskan. "Ketika itu saya terlalu stres dan trauma buatkan tak mampu habiskan lagu itu. "Tapi disebabkan kes ini saya rasa boleh selesaikan lagu itu dan Ubai sudi membantu saya, jadi dia tuliskan lirik sekali. "Dia bantu saya berdepan dengan trauma saya kerana lagu itu mengisahkan tentang kekerasan yang saya alami," ujarnya. Bukan orang lain saja, saya juga pernah melalui perkara itu,. SHILA AMZAH PENYANYI Mengulas lanjut mengenai kelantangan bersuara tentang keganasan terhadap kaum wanita, Shila memberitahu dia hanya berharap orang ramai peka terhadap perkara itu. Katanya, pasangan yang memiliki sikap berkenaan bijak bermain kata dan merayu sehingga mangsa tidak dapat membezakan perasaan sayang. Justeru itu, perkongsian sebelum ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mangsa terutamanya wanita untuk bangkit dan berani ke hadapan. "Mungkin netizen tidak bersetuju dengan perkongsian saya kerana merasakan ia seperti buka aib tapi saya rasa sudah cukup dengan perkara itu. Perkongsian Shila sebelum ini disalah erti. "Bukan orang lain saja, saya juga pernah melalui perkara itu, jadi bila ada kisah seperti ini mereka yang menerima nasib itu mungkin terdetik sesuatu apabila membaca perkongsian saya. "Kisah-kisah seperti ini biasanya didiamkan dan tiada tindakan diambil, jadi itulah yang membimbangkan," jelasnya. Sebelum ini, tindakan Shila bersuara mengenai isu keganasan rumah tangga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengheret suaminya dalam perkongsian berkenaan. Dalam perkembangan lain, Shila bakal terlibat dalam konsert Countdown MeleTOP 2025 yang akan berlangsung pada 31 Disember depan. Kata Shila, dia bakal menyanyikan beberapa lagu yang pernah mempopularkan namanya. Shila dan Ubai mempunyai seorang cahaya mata bersama. "Saya sebenarnya sudah lama tidak membuat persembahan tahun baharu yang ditayangkan di televisyen... selalunya saya menyanyikan lagi Cina. "Tapi ini julung kalinya saya menyanyikan lagu Melayu atas pemintaan pihak Astro sendiri," ujarnya. Konsert Countdown MeleTOP 2025 bakal diadakan The Symphony Walk (East), IOI City Mall Putrajaya. Menampilkan persembahan hebat daripada barisan penyanyi popular Malaysia, acara ini turut bersiaran secara langsung Astro Ria, (saluran 104) Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube