PELAKON Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya ingin berjimat semasa bercuti di Jepun terbantut kerana bekal makanan yang sudah siap dimasak tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara berkenaan. Kata Zarina, 54, dia gigih menyediakan makanan dan lauk dari Malaysia kerana bimbang harga makanan agak mahal di negara matahari terbit itu. "Saya punyalah gigih masak gulai ayam kampung, masak rendang daging dan ayam, daging blackpaper, gulai lemak daging salai dan ayam salted egg. Zarina kongsi luahan hatinya ketika tiba di Jepun. "Semua kena tahan selepas di declare, saya ingat lepas sebab semua saya simpan dalam satu kotak. "Yang lepas sotong salted egg dan kuah kari serta pulut kuning. Ingat nak jimat perbelanjaan sudahnya sedih! Nak bawa anak-anak berjalan tempat macam ini semua mahal. Mi segera lepas dekat sini," katanya. Zarina berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa yang turut memaparkan dia sudah berada di Sapporo, Jepun. ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin sempat minta maaf dan ziarah arwah ibu, hubungan renggang sebab kecil hati ARTIKEL BERKAITAN: Sempat bermesej sebelum dapat khabar duka, ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia Sementara itu, Zarina memberitahu dia memilih untuk bercuti ke luar negara kerana sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dengan anak-anak. "Tiket sudah tempah awal... Saya sudah berjanji dengan anak-anak dari dua tahun lepas sampai dia orang perli saya kerana selalu bawa bercuti ke Pangkor. "Saya gigih kumpul duit main kutu nak bawa anak-anak berjalan, kalau tak memang tak merasa," ujarnya. Zarina kongsi keterujaan anak-anak bercuti di Jepun. Namun Zarina berkata percutian kali ini dia tidak membawa Azil dan suami iaitu Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar kerana bimbang tidak mampu mengawal anak sulungnya yang diketahui menghidap autisme. "Kali ini perjalanan saya bercuti tanpa Azil dan abahnya. Dekat Jepun ini undang-undang lain macam tak boleh bising, tak boleh cakap kuat. Macam mana nak bawa Azil? "Rindu pula Azil dan abahnya, nanti kita pergi Langkawi hujung bulan ini, Insya-Allah," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!