suria

[V] Shuhada ‘naik angin’ ada pihak sakit hati tengok kebahagiaannya, siap DM kenalan di Australia sampaikan cerita buruk

PERSONALITI media sosial Nurul Shuhada bengang dengan tindakan seorang individu tergamak menghubungi kenalan terdekatnya semata-mata ingin memburukkan nama baiknya.

Lebih membuatkan Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, bengang apabila individu berkenaan sanggup mencipta akaun palsu semata-mata mahu memerhatikan aktiviti hariannya.

"Ada manusia bermasalah mental gigih sampai DM kawan-kawan saya di Australia dan burukkan saya. Kawan-kawan saya dekat sini semua kenal dan hidup dengan saya.

Copy of Untitled - 2024-12-18T140939.646

Shuhada menulis perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Mereka kenal saya macam mana. Kenapa menyibuk nak tahu macam mana saya bercakap atau teruskan kehidupan saya.

"Sesiapa yang dapat DM dari akaun palsu burukkan saya, tahu-tahu sajalah siapa itu," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Rabu.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini yakin tindakan tersebut dilakukan kerana perasaan iri hati serta cemburu melihat kebahagiaannya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul bekas isteri Hafidz Roshdi diteruskan, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada akan hadir bicara kes pukul, tak bawa anak-anak pulang dari Australia

"Hiduplah dengan dibayangi Shuhada Shukri sampai mamp*s! Sehari tak cakap pasal aku memang tak boleh hidup.

"Kenapa awak cemburu dengan saya? Dia sakit hati sebab dia cemburu tak dapat apa yang saya dapat, hati dia busuk berulat," luahnya.

Enggan terus melayan perkara itu, Shuhada menasihati individu terbabit untuk muhasabah diri dan berhenti mengambil tahu mengenai urusan hidupnya.

Copy of Untitled - 2024-12-18T141004.018

Shuhada kini bahagia menjalani kehidupan bersama anak-anaknya di Australia.

"Banyakkan istighfar dan doa semoga Allah bersihkan hati awak. Saya sedang bahagia dengan orang sekeliling saya.

"Tolong jaga urusan sendiri dan jangan sibuk tepi kain saya. Sentiasa bersyukur engan apa yang Allah bagi," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain