suria

Idzham Ismail sukar cari pengganti, bekas isteri dah letak standard terlalu tinggi

Idzham puji bekas isteri.

PELAKON Idzham Ismail memberitahu dia sukar untuk mencari pasangan baharu selepas bercerai dengan isterinya iaitu Siti Nur Abilah pada awal November lalu.

Kata Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 36, ciri-ciri yang ada pada Abilah sebelum ini membuatkan dia berfikir panjang sebelum memilih orang baharu.

Ini kerana Abilah telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi sebagai seorang isteri.

idzham 3

Perkongsian Idzham di laman Thread.

"Aku baru faham apa itu 'having standards'. Mungkin sebab bekas isteri letak par melampau tinggi.

"Untuk seterusnya kalau buat sikit masalah aku dah rasa terganggu," katanya.

Idzham menulis perkara tersebut di laman Thread miliknya pada Selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Idzham Ismail pula bercerai, gagal kawal kemarahan punca lafaz talak terhadap isteri - “Saya bukannya malaikat”

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail kurang selesa digelar duda, terkejut ramai wanita bergurau ajak kahwin

Perkongsian tersebut pada awal menimbulkan tanda tanya kerana ramai yang keliru mengenai tanda aras yang dimaksudkan pelakon berkenaan.

Idzham kemudian menjelaskan hal berkenaan dengan mengiyakan satu komen pengikut tentang hal yang diperkatakan.

"Idzham puji bekas isteri punya standard terlalu tinggi, sampaikan nak cari pasangan di bawah standard dia mudah terganggu.

2999293

Idzham dan Abilah bercerai selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

"Dia hidup lama dengan bekas isterinya, jadi dia tahu," komen netizen.

Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Abilah pada Ogos 2016 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4 tahun.

Pada 4 November lalu, Mahkamah Rendah Syariah Klang Selangor mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Idzham terhadap Abilah pada awal Oktober.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain