suria

Elisya Sandha umum hamil anak kedua, peminat sebak tonton video kejutan

Elisya kini hamil anak kedua.

PELAKON Elisya Sandha berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu, Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 25, turut membuat kejutan kepada suaminya iaitu Uzair Haqimy.

"Syukur untuk rezeki yang terbesar dalam hidup. Terima kasih atas doa semua.

elisya 2

Elisya berkongsi kegembiraan.

"Bunga (anak sulung) nak jadi kakak dah," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik video memperlihatkan Uzair mengalirkan air mata tatkala berkongsi keputusan ujian kehamilan.

Mereka kemudian berpelukan bersama anak pertama mereka iaitu Bunga Elhaq.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun berlakon tapi Elisya Sandha belum puas, impi karakter jahat... Tidak menolak tawaran watak penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Elisya Sandha dapat anak perempuan, Sheila Rusly akan jaga semasa pantang

Di hujung video berkenaan turut dikongsi gambar imbasan kehamilan yang tertulis 12 minggu 6 hari.

Dalam beberapa video lagi pelakon ini juga membuat kejutan kepada orang terdekat termasuklah keluarga mentua iaitu pelakon Sheila Rusly.

elisya 3

Elisya teruja bakal sambut kelahiran anak kedua.

Seronok menerima perkhabaran tersebut, Sheila menangis kegembiraan dan kemudian memeluk menantunya itu.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.

Mereka dikurniakan cahaya mata pertama Bunga yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain