PELAKON Lan Zailan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh isteri Lan iaitu Ruby Sara Omar yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser. "Iya, arwah meninggal dunia pukul 4.21 pagi. Semua keluarga ada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir," katanya kepada mStar. Lan menghembuskan nafas terakhir di PPUM. Jenazah akan dibawak ke Masjid As Salam Puchong Perdana untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya Selangor. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun. Lan atau Zailan Kamaruddin itu dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil. ARTIKEL BERKAITAN: Lan Zailan berada dalam keadaan kritikal, isteri mohon doa peminat ARTIKEL BERKAITAN: Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4, sel barah sudah merebak ke hati dan paru-paru Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu. Allahyarham merupakan seorang pelakon yang mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 1980-an. Lan telah membintang pelbagai filem dan drama sepanjang pembabitan sebagai anak seni. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!