suria

[V] Tiada niat perlekeh wanita Iban, Ifa Raziah mohon maaf

DIDAKWA memperlekehkan wanita Iban dalam satu penulisan di komen Instagram, penyanyi Ifa Raziah tampil menjawab salah faham yang timbul berhubung isu berkenaan.

Memohon maaf jika komen itu menyinggung hati mana-mana pihak, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 49, menjelaskan dia sama sekali tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti kaum.

"Untuk orang Borneo, Sabah, Sarawak dan orang Iban... Demi Allah saya sebagai orang Islam, saya tak ada niat langsung nak menggores hati mana-mana kaum terutamanya orang Iban.

830 x 533 - 1

Komen Ifa Raziah buat orang Iban kurang senang.

"Saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf," katanya kepada mStar.

Menurut Ifa lagi, dia terkejut apabila mengetahui komen yang ditulis enam minggu lalu di Instagram sahabat baiknya iaitu Kelly Azman tular kembali sejak beberapa hari lepas.

Malah, niatnya menulis komen 'ingatkan perempuan Iban mana yang tersesat' bukan untuk menghina sebaliknya hanya gurauan sesama rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kecam Ifa Raziah, Ruhainies tarik diri sertai festival jualan raya

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih lihat kesengsaraan Gaza, Ifa Raziah anjur Himpunan Kemanusiaan Palestin... Selebriti murah hati sumbang hasil jualan

"Tak sangka komen lama itu jadi viral semula. Ketika dimaklumkan tentang hal itu saya berada di Singapura... Tak tahu apa yang netizen tulis dan komen dekat video terbaharu saya.

"Rupanya isu komen lama itu. Sejujurnya saya memang tak ada niat nak body atau face shaming etnik tertentu. Saya cuma nampak head gear dipakai Kelly di kepala sangat cantik.

"Setahu saya orang Borneo memang cantik, kawan saya pun ramai dari sana. Takkan la saya nak main sentimen perkauman, tak sedikit pun terniat di hati saya ini," ujarnya.

Demi Allah saya sebagai orang Islam, saya tak ada niat langsung nak menggores hati mana-mana kaum

Ifa Raziah

Penyanyi

Dalam pada itu, Ifa berharap penjelasan dibuat itu dapat meredakan keadaan dan berharap netizen dapat menghentikan kecaman terhadapnya.

"Saya harap penjelasan yang saya buat ini dapat menyelesaikan isu yang berlaku. Saya tak ada niat, tak sengaja.

"Kalau saya jahat dan tak bertanggungjawab, saya boleh berdiam peluk tubuh tapi saya tak buat benda yang salah macam itu. Itu sebab saya berani tampil beri penjelasan, harap semua boleh terima penjelasan saya," tambahnya.

830 x 533 - 1

Ifa harap semua dapat maafkan kesilapan dirinya itu.

Sebelum ini, seorang pengguna di aplikasi Threads meluahkan rasa kesal dengan tindakan Ifa yang menulis komen di video nyanyian sahabatnya yang didakwa menyentuh isu perkauman.

Individu berkenaan mempersoalkan tindakan Ifa yang dianggap tidak menghormati etnik Iban di Sarawak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain