PERSONALITI media sosial Siti Jamumall mendedahkan dirinya sedang menderita sakit misteri akibat disantau individu tidak dikenali. Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 26, berkata sudah dua tahun dia menanggung rasa sakit berkenaan tanpa berkongsi perkara itu kepada umum. "Datang bulan tak berhenti. Batuk kering hampir dua bulan. Sekarang anda boleh lemparkan kata-kata cakap aku drama. Siti kongsi keadaan abangnya yang diganggu. "Orang tak akan faham, dua tahun berniaga dan diri sakit. "Aku lama dah simpan sakit aku cuma tak bercerita dan aku nak kerja, tolonglah bagi balik. Apa best sangat santau orang!" ceritanya. Siti berkongsi perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada pagi Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Hati Siti Jamumall terguris, tuduhan hamil sebelum nikah bersifat jahat ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rezeki timang anak ketiga, Siti Jamumall jalani prosedur cuci kandungan akibat ‘molar pregnancy’ Dalam rakaman itu, Siti dilihat menangis kesedihan mengenang nasib menimpa diri. Malah dalam hantaran yang lain, Siti berkongsi video abangnya iaitu Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34, sedang mendapatkan rawatan perubatan Islam kerana turut disantau. Dalam video tersebut, Nizam dilihat menjerit dan meracau dipercayai kerana gangguan berkenaan. Sementara iti, Siti memberitahu dia tidak boleh tidur kerana masalah batuk kering yang dihadapi. Siti mahu kembali berkerja seperti biasa. Malah, perniagaannya turut terganggu kerana dia tidak boleh melakukan siaran langsung seperti biasa selain duit syarikatnya juga telah di bawa lari. "Nak kena hadap seorang! Aku burn out sumpah setiap hari tak boleh lena. Batuk kering perit nak mampus. Tolong aku nak sihat! "Saya sampai tak boleh nak buat siaran langsung, pejabat dihantar macam-macam dan pengurusan songlap duit dan lari!" kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!