suria

Nora Ariffin beri persembahan bertenaga sempena konsert 30 tahun, istimewa duet bersama arwah suami guna AI

Nora sebak lihat sambutan penonton yang hadir.

GENAP 30 tahun berkecimpung dalam industri muzik, penyanyi Datuk Nora Ariffin membuktikan kemampuan dirinya untuk terus berkarya apabila berjaya menghiburkan peminat menerusi konsert Hanya Satu - Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Selangor pada malam Rabu.

Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, dilihat cukup bertenaga menghiburkan 700 penonton dengan mendendangkan 18 buah lagu popular nyanyiannya selama tiga jam.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Sandiwara, Di Persimpangan Dilema, Desa Tercinta dan Dendam Dalam Diam.

WhatsApp Image 2024-12-19 at 17.28.14

Nora terharu lihat sokongan peminat.

Lagu-lagu itu secara tidak langsung mengimbau kembali kenangan peminat yang mengenalinya sejak di awal karier pada tahun 90-an.

Bukan itu sahaja, malah rakan artis iaitu Ziana Zain turut hadir memberikan sokongan dan diundang naik ke pentas menghiburkan penonton.

Lebih istimewa lagi apabila Nora mendendangkan lagu Impian bersama arwah suaminya menggunakan teknologi kecergasan buatan atau artificial intelligence (AI).

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nora Ariffin pilih jalan matang selepas dinasihat suami, enggan berbalah isu keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Individu ugut nak sebar bukti perlakuan buruk Nora Ariffin... Jumpa peguam kerana terancam

Menurut Nora, pada awalnya dia merancang untuk menggunakan teknologi hologram namun terpaksa menukar idea tersebut kerana kekangan bajet.

Malah, slot istimewa itu turut dipersetujui oleh suaminya iaitu Dr. Rushdi Ramli yang turut menyayangi arwah sebagai seorang rakan.

"Kalau ikutkan hati memang nak berduet dengan menggunakan teknologi hologram yang akan kelihatan lebih nyata.

WhatsApp Image 2024-12-19 at 17.33.24

Nora hargai jasa arwah suami yang membantu dalam karya seni.

"Selain itu saya juga cuba elak daripada timbulnya kontroversi kerana takut menyentuh sensitiviti.

"Jadi kami buat sekadar yang mampu untuk mengingati. Biar orang dapat merasakan kehadiran dia (Johan). Orang kata ada dalam tiada," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain