suria

Shila Amzah kongsi cabaran siapkan pasport anak, silap tak buat kad OKU

Shila mengakui ralat kerana tidak memohon kad perakuan OKU buat anaknya.

PROSES menyiapkan pasport bagi anak menghidap autisme bukanlah perkara mudah buat penyanyi Shila Amzah.

Berkongsi pengalaman, Shila atau Nur Shahila Amir Amzah, 34, memberitahu anak sulungnya iaitu Seth Uwais tidak memberi kerjasama baik semasa melakukan proses pendaftaran pasport berkenaan.

Antaranya, Seth enggan menyentuh mesin pengimbas cap jari kerana masalah deria yang dihadapi kanak-kanak itu.

Copy of Untitled (31)

Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di InstaStory.

"Ia merupakan satu cabaran besar untuk bawa anak austime uruskan pasport.

"Kanak-kanak autisme seperti dia (Seth) geli nak sentuh mesin cap jari itu kerana nampak orang lain pun sentuh juga.

"Habis satu bangunan bergegar, dia menjerit sebab tak mahu sentuh mesin itu," katanya menerusi satu hantaran video di InstaStory.

Dalam pada itu, Shila mengakui sedikit ralat kerana tidak memohon kad perakuan orang kurang upaya (OKU) buat anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah lama rasa ada tak kena, anak Shila Amzah didiagnosis autisme tahap satu

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam bangga ada sayu anak buat MyKad, Catriona Ross imbau perjalanan besarkan Jammal - “Masa dilaburkan untuknya sangat berbaloi”

Jelas Shila, kad tersebut penting agar anaknya tidak perlu melalui proses yang panjang serta diberikan kelonggaran bagi urusan berkenaan.

"Silap saya tak buat kad OKU. Kalau tak, dia tak perlu buat proses imbas cap jari itu.

"Selepas sudah lalui pengalaman ini, saya buat akan kad tersebut dengan segera supaya mudahkan urusan," luahnya.

Sebelum ini, Shila mendedahkan Seth didiagnosis dengan austime tahap satu selepas merasakan sesuatu tidak kena dengan anaknya itu.

553

Sebelum ini, Shila mendedahkan Seth didiagnosis austism tahap satu.

Untuk rekod, Seth merupakan anak daripada perkahwinan Shila Bersama Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022.

Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial Ubai pada 5 Ogos tahun.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain