suria

Tya Arifin selamat bersalin anak ketiga, beri nama Aghnia Amira Jiwa

Tya dan Asyraf (kanan) teruja menyambut kelahiran anak ketiga.

PELAKON Tya Arifin memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada pukul 11.11 malam Jumaat.

Tya atau Nurtria Wulandri Arifin, 30, meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan bayi perempuan secara normal.

"Alhamdulillah, masya-Allah tabarakallah bayi kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal," katanya.

Tya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal.

Tya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal.

Tya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Tya turut memberitahu bayi yang dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram itu diberikan nama sebagai Aghnia Amira Jiwa.

"Aghnia Amira Jiwa dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram pada hari Jumaat, 20 Disember 2024 pukul 11.11 malam," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang surat khabar bertulis ‘baby is on the way’... Tya Ariffin dan suami bakal timang anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Arifin dan suami bakal timang bayi perempuan lagi, reaksi bersahaja anak kedua cuit hati netizen

Pada 21 Ogos lalu, Tya bersama suaminya iaitu Asyraf Khalid berkongsi berita gembira bakal menyambut cahaya mata ketiga dalam sebuah video kreatif di laman sosial.

Sebelum itu, Tya pernah berkongsi kisah duka apabila mengalami keguguran pada awal tahun ini.

Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain