suria

Bekas anggota Raihan, Nordin Jaafar meninggal dunia

Nordin meninggal dunia di kediamannya di Ulu Yam Baharu, Batang Kali Selangor. 

BEKAS anggota kumpulan Raihan iaitu Nordin Jaafar meninggal dunia akibat komplikasi masalah kesihatan pada Sabtu.

Nordin menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Ulu Yam Baharu, Batang Kali Selangor.

Allahyarham dilaporkan sebelum ini menghidap penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang yang turut memberi kesan kepada penglihatannya.

raihan1 - 1

Nordin sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Raihan.

Berita pemergian Nordin turut dikongsi oleh rakan artis termasuk penyanyi Fitri Haris dan kumpulan Nowseeheart di laman Instagram.

Fitri turut menitipkan doa agar Allahyarham Nordin ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Nordin. Moga bersama para solihin, kami pasti menyusul bertemuNya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Lan Zailan meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Gitaris kumpulan Spider meninggal dunia

Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Al Falah Ulu Yam, Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kaloi selepas solat Zohor.

Untuk info, Nordin memulakan kerjaya sebagai penyanyi kumpulan nasyid Alarm Me yang popular menerusi lagu Bulan-Bulan Islam.

Pada 2006, Nordin menyertai kumpulan Raihan menggantikan vokalis utama Nazrey Johani.

Setahun selepas itu, Nordin keluar daripada Raihan dan muncul sebagai penyanyi solo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain