BEKAS isteri kepada pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad memaklumkan dia sudah menerima notis tuntutan (letter of demand) atau LOD berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkan sebelum ini. Menegaskan dirinya mempunyai bukti, Azzahra atau Fatimah Az Zahra Ahmad memberitahu dia sudah melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan. "Ya saya sudah menerima (LOD) pada 20 Disember lalu. Azzahra tegaskan kenyataan yang dibuatkan bukan fitnah. "Kita buat secara profesional. Biar peguam yang uruskan dengan segala bukti yang ada," katanya kepada mStar. Azzahra mengulas perkara itu selepas Jay menuntut permohonan maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya di media sosial pada 9 Disember. Enggan isu ini berlarutan, Azzahra yang juga merupakan seorang pelakon berharap ia dapat diselesaikan secara baik antara mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Jay Iswazir beri masa 7 hari, bekas isteri perlu buat permohonan maaf ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh fitnah bekas suami isu keganasan rumah tangga, Azzahra Ahmad buat ‘cover report’ Namun dia juga bersedia untuk berdepan kes berkenaan di mahkamah sekiranya tidak mendapat kata sepakat. "Saya harap dapat selesaikan dengan baik antara kami. Tapi jika dia masih berkeras, saya serahkan kepada peguam untuk uruskan semua," jelasnya. Azzahra harap ada jalan penyelesaian terbaik bersama Jay. Pada Khamis lalu, menerusi kenyataan yang dikongsi oleh firma guaman Tetuan Aminahtul Mardiah, Azzhara perlu membuat permohonan maaf itu dalam tempoh tujuh hari bermula dari tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada Khamis, 19 Disember 2024. Ia sebagai tuntutan terhadap kenyataan Azzahra yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika menjadi isteri kepada Jay. Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun mereka bercerai pada 28 Oktober lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!