suria

Puteri Sarah dakwa ada pihak sebar fitnah cuba porak-peranda keluarga… Ibu Syamsul titip doa supaya kuat

Sarah dakwa ada orang ganggu hubungan baik dengan keluarga bekas mentua.

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendakwa ada pihak yang cuba menyebarkan fitnah bercakap perkara tidak benar tentang dirinya.

Tidak mendedahkan secara terperinci, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, juga memberitahu tindakan pihak berkenaan juga dilihat mahu meruntuhkan hubungan kekeluargaan.

"Rasanya ada yang nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah. Nak melagakan satu keluarga pula," ujarnya.

sarah 2

Luahan hati Sarah mengudang perhatian ramai.

Puteri Sarah menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada petang Ahad.

Dipercayai pesanan itu juga berkaitan dengan hubungan keluarga dia bersama ibu dan bapa kepada bekas suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof.

Susulan pendedahan tersebut ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail turut membuat hantaran semula di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kisah peribadi jadi bahan jenaka, Puteri Sarah okay saja... Paling penting kekal cantik di atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah kongsi kata-kata semangat, peminat awal-awal dah pesan ‘jangan get back’

Dalam satu perkongsian berbeza, Patimah juga menitipkan doa buat Puteri sarah serta dua orang anaknya.

"Tabahkan dirinya menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak," ucapnya.

Untuk rekod Puteri Sarah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan Syamsul iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Mereka medirikan rumah tangga pada 2014 bagaimanapun bercerai ada 14 Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain