suria

Berbaju Melayu, Ismail Izzani buat kejutan jumpa peminat cilik selepas majlis nikah ibu

Ismail bertemu peminat cilik.

DALAM kegembiraan meraikan perkahwinan ibunya, penyanyi Ismail Izzani juga sempat membuat kejutan buat seorang peminat cilik.

Menerusi satu perkongsian, seorang lelaki yang dikenali sebagai Syamin Aizat memberitahu penyanyi itu secara spontan hadir ke majlis ulang tahun ke-5 anaknya iaitu Zayn Ziqry.

"Ismail datang ke ulang tahun anak saya selepas majlis perkahwinan ibunya. Dia membuat kejutan selepas membaca perkongsian saya dan isteri tentang bagaimana anak kami obses terhadapnya.

ismail 1

Adik Zayn suka tiru gaya Izzani.

"Walau ada majlis ibunya, dia tetap curi masa datang dan menjadikan hari yang istimewa buat anak saya," katanya.

Syamin juga berkongsi beberapa hantaran di Instagram tentang reaksi anaknya yang terkejut melihat kehadiran Ismail.

Dalam hantaran tersebut kelihatan penyanyi itu masih berbaju Melayu berwarna putih dipercayai selepas dia menghadiri majlis pernikahan ibunya iaitu Suliza Salam pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Suliza Salam kembali bergelar isteri, Ismail Izzani dapat bapa tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak usia 17 tahun sibuk kerja, sekarang Ismail Izzani lebih banyak luang masa bersama keluarga

Bukan hanya beramah mesra bersama Zayn serta tetamu yang hadir, Ismail juga sempat melakukan aktiviti di majlis berkenaan.

Malah Zayn juga dilihat mengenakan gaya seperti Ismail yang dianggap sebagai idolanya.

ismail 3

Izzani mendapat pujian kerana menghargai peminat.

Bagi Syamin apa yang dilakukan oleh Ismail itu juga sebagai tanda dia menghargai peminat tanpa mengira usia.

"Ini menunjukkan dia sangat menghargai peminat. Apa yang dia lakukan menjadi hari paling bermakna buat anak saya.

"Ia juga menunjukkan sifat baik yang jarang dilihat," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain