suria

Zulin Aziz kenang nasib diri di Korea Selatan, dompet berisi wang hilang... Dipercayai tertinggal dalam kapal terbang

Zulin dan suami masih berusaha mencari dompet yang hilang.

PELAKON Zulin Aziz berdepan detik cemas apabila kehilangan dompet semasa tiba di Korea Selatan untuk bercuti bersama suami, Farhan Norzaini.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, berkata kali terakhir dia mengeluarkan dompet itu ketika berada di dalam pesawat untuk membeli minuman.

Tambah Zulin, berkemungkinan dia tidak menyedari dompet tersebut tertinggal di tempat duduk.

zulin 1

Zulin tetap nikmati percutiannya.

"Saya tertinggal dompet dalam kapal terbang tadi. Masa nak bayar air atas kapal terbang saya keluarkan dompet itu.

"Masa nak bayar teksi tadi baru perasan dompet tak ada dalam bag, saya tertinggal di tempat duduk itu.

"Dalam itu ada kad pengenalan, kad bank, dan wang tunai. Apa nasib aku dekat Korea ini, bantu saya tolong kena buat apa ini," katanya menerusi hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh isu ‘childfree’... Zulin Aziz tak rancang keluarga, anggap anak itu rezeki - “Tengok orang dulu beranak ramai”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nasihat Sharifah Shahirah buat Zulin Aziz sedar daripada ‘tidur’, MLS4 tanda kemunculan semula

Sementara itu, Zulin memberitahu dia sudah membuat laporan berhubung perkara itu, bagaimanapun masih belum menerima sebarang berita buat masa ini.

"Terima kasih yang bantu dan DM saya. Tengah malam buat tadi kami patah balik ke lapangan terbang pergi (kaunter) lost and found tapi tutup, sia-sia.

"Kami pun patah balik hotel. Teksi tengah malam buta harga dua kali ganda. Adik saya kebetulan kru kabin, dia tengah bantu saya lapor dekat Malaysia dan saya sudah lapor dekat dekat sini juga.

Sudahnya memang semuanya lesap!

ZULIN AZIZ

PELAKON

"Buat masa sekarang belum ada khabar berita, tak apa janji kita usaha kan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia sempat menyekat kad miliknya sebaik sahaja menyedari dompet berkenaan hilang.

Namun dia sedikit kecewa apabila wang tunai yang dikeluarkan hangus begitu sahaja.

zulin 3

Pelbagai nasihat dan bantuan diterima Zulin.

"Insya-Allah kalau rezeki kami akan dapat balik. Kalau sebaliknya pun bersyukur dan husnuzon ya Zulin.

"Alhamdulillah saya sempat transfer dan sekat kad. Cuma tunai itu saya keluarkan lebih sikit. Sudahnya memang semuanya lesap!

"Tak apalah mungkin Allah nak gantikan dengan rezeki lebih baik," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain