suria

‘KNKV Viral Award’ kembali lagi tahun depan, buka penyertaan kepada lebih 700 pempengaruh media sosial

KNKV Viral Award 2025 bakal bersiaran pada 17 Mei depan.

ANUGERAH KNKV Viral Award 2025 bakal kembali dengan sasaran mencari 700 pempengaruh media sosial tempatan dan antarabangsa.

Untuk edisi kali ini, KNKV meletakkan garis panduan penyertaan sekurang-kurangnya 500,000 pengikut dengan menyasarkan minima 100 juta tontonan melalui pelbagai platform termasuk siaran langsung di TV3.

Selain itu, pempengaruh media sosial yang mahu menyertai penganjuran kali ini haruslah bebas kontroversi, tidak terlibat dengan isu politik dan menghasilkan kandungan membawa mesej positif.

knkv1 - 1

mStar julang trofi Best National Viral Page/Channel di KNKV Viral Award tahun lalu.

Strategi ini dijangka mencipta impak besar dalam memperkukuhkan landskap kandungan digital yang positif di Malaysia mahu pun luar negara.

Dalam pada itu, KNKV Viral Award 2025 mengiktiraf tiga kategori utama pempengaruh iaitu Macro Influencers (500,000 hingga 1 juta pengikut), Mega Influencers (melebihi 1 juta pengikut) dan Celebrity Influencers yang melebihi 5 juta pengikut.

Hadiah lumayan turut menanti pemenang bagi mendorong lebih ramai pempengaruh menyertai usaha mengubah budaya media sosial ke arah lebih membina.

ARTIKEL BERKAITAN: Portal mStar julang trofi Best National Viral Page/Channel pada KNKV Viral Award

ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ dapat pengiktirafan, Alif Satar terima anugerah khas juri KNKV Viral Award 2024

Mengangkat tema 'Memupuk Perpaduan Negara', anugerah ini memberi fokus kepada kandungan digital yang mempromosikan nilai-nilai kehormanian, kerjasama dan kepelbagaian budaya.

Dengan penglibatan lebih 700 pempengaruh tempatan dan antarabangsa ini, KNKV Viral Award menjadi platform besar dalam memperkukuhkan semangat perpaduan.

KNKV Viral Award 2025 akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 17 Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain