MUNCUL semula selepas lebih 15 tahun menyepikan diri, pelakon Syarul Ezani mengakui ada pihak menyangka dirinya merupakan pendatang baharu. Syarul atau Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen, 35, bagaimanapun berasa lega kerana kemunculan semulanya itu tidak dibayangi karakter pernah dilakonkan sebelum ini. "Bukan sahaja peminat tetapi orang dalam industri pun ada yang ingat saya pelakon baharu. Mungkin mereka tak tahu yang saya pernah berlakon sebelum ini. Syarul lega dirinya tidak dibayangi karakter sebelum ini. "Walaupun ada yang beranggapan sebegitu, saya tak terkilan dan okay saja. Mereka nampak saya dengan penampilan yang segar. "Biar mereka mengenali saya dengan watak baharu tanpa banding-bandingkan saya dengan watak lama," katanya kepada mStar. Syarul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Eid 2025 jenama Mayang By Anntsya yang berlangsung di Four Season, Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel seronok tengok kemunculan ramai bakat baharu, tidak pernah anggap diri sudah senior ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun berkawan, Syarul Ezani pasang niat kahwin kekasih tahun depan Meskipun memulakan kerjaya sejak 2007, Syarul bagaimanapun tidak meninggi diri malah menganggap dirinya masih mentah dalam industri hiburan. Baginya, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki sekiranya mahu kekal bergelar anak seni untuk tempoh yang lama. "Saya tinggalkan industri ini lama, saya sendiri merasakan diri saya masih baru kalau nak dibandingkan dengan pelakon senior lain. Bukan sahaja peminat tetapi orang dalam industri pun ada yang ingat saya pelakon baharu. SYARUL EZANI PELAKON "Banyak yang saya perlu belajar dari segi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Kalau mereka gelarkan saya pelakon senior 10 tahun akan datang, mungkin boleh," jelasnya. Becerita mengenai kehilangannya, Syarul memberitahu dia mengambil keputusan berkenaan kerana mahu menikmati kehidupan seperti orang biasa. Kata Syarul, dia memerlukan waktu rehat itu agar dapat menjiwai setiap watak yang diterima dengan sebaiknya. Syarul mengambil keputusan untuk berehat seketika selepas kejayaan filem Kami pada 2007. "Saya nak rasai pengalaman hidup yang sebenar seperti orang biasa misalanya pergi belajar, berkerja dan mempunyai hubungan. "Apabila melakonkan watak atau situasi yang saya tak pernah hadapi, bagi saya emosi itu tak sampai. "Namun selepas melalui semua perkara itu, barulah saya faham setiap perasaan dan dapat menjiwai setiap watak dengan baik," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!