PENYANYI dan pelakon Nabila Razali selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Isnin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan tepat pukul 10.01 malam. Meluahkan rasa syukur Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, juga menganggap kelahiran bayi itu sebagai satu anugerah terindah buat hidupnya. Nabila menganggap kelahiran anak sulung sebagai hadiah paling bermakna. "Ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan, dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami. "Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya seperti yang dimaklumkan dalam satu kenyataan media. ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali tetap kerja walau sarat mengandung, gemuruh menanti kelahiran anak pertama ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak beli barangan bayi, Nabila Razali bakal timang anak lelaki Penyanyi ini juga memberitahu dia kini akan lebih memberi fokus kepada keluarga meskipun jadual kerja yang padat. Untuk rekod Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November tahun lalu. Pada Oktober lalu pasangan ini berkongsi berita gembira mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama. Nabila kemudian mengumumkan jantina anak dalam kandungan itu di satu majlis gender reveal yang diadakan pada November. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!