suria

Norman Hakim istighfar panjang, kawal marah tengok bagasi rosak teruk

Norman tak puas hati dengan keadaan bagasinya.

PELAKON Norman Hakim meluahkan rasa kesal apabila bagasi miliknya mengalami kerosakan sebaik sahaja pulang dari Korea Selatan.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, berkata dia hampir tidak dapat mengawal perasaan sebaik sahaja melihat keadaan bagasinya itu.

"Selamat mendarat Alhamdulillah. Beg saja yang tak berapa nak selamat. Daripada jumlah keseluruhan lapan beg, tiga tumpas, dua cedera ringan dan satu cedera parah. Plastik yang lindung bag yang cedera ringan pun hilang.

bagasi 1

Luahan hati Norman sebaik sahaja melihat keadaan bagasi.

"Masa pertama kali tengok kondisi beg terutama yang cedera parah ini, faham-faham sajalah darah lelaki. 30 saat saya istighfar dan kawal nafas untuk menangkan akal berbanding emosi.

"Rakan sekerja kata ini normal untuk penerbangan antarabangsa," katanya.

Norman berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim luah rasa sayang terhadap menantu dan madu anak, kongsi detik kelahiran Marissa dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim minta maaf pada anak, Danish ‘sahabat’ tempat kongsi segala rahsia

Dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsi keadaan bagasi miliknya yang sudah rosak.

Kecewa dengan apa yang berlaku, pelakon yang terkenal dengan filem Tiga Janda Melawan Dunia ini berpendapat staf yang menguruskan bagasi berkenaan mempunyai masalah emosi.

"Saya fikir mungkin orang menjaga bag ini ada masalah peribadi, jadi dia lepas amarah pada beg ini. Kalau saya yang hempas beg ini pun belum tentu pecah.

Kita ini bekerja bersengkang mata pagi petang siang malam sayang sangat wei barang.

NORMAN HAKIM

PELAKON

"Yang dah banyak duit kat luar sana mungkin tak ada hal, beg jahanam boleh beli lain. Kita ini bekerja bersengkang mata pagi petang siang malam sayang sangat wei barang-barang, tak kisahla beg ke, kasut ke dan yang sewaktu dengannya.

"Paling tak sampai hati bila bayangkan muka pengasas penerbangan ini yang seboleh mungkin nak beri yang terbaik untuk syarikat penerbangan di tapi barisan bawahan tak dapat mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ada. Saya faham sebab kita sama-sama berniaga,” ujarnya.

Malah Norman turut berpandangan kemungkinan besar penumpang lain turut berkemungkinan mengalami nasib sama sepertinya.

bagasi 2

Beg pada awalnya dalam keadaan baik semasa tiba di Korea Selatan.

Dia bagaimanapun berharap orang ramai tidak mengecam syarikat penerbangan berkenaan sebaliknya menyumbangkan idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Ikut statistik semasa, sepanjang tahun 2024, 45 juta orang terbang dari seluruh dunia menggunakan penerbangan ini. Agak-agak berapa peratus yang mungkin berdepan dengan kemusnahan yang sama?

"Kepada yang mungkin pernah berdepan dengan insiden ini atau untuk mencegah daripada insiden ini terus berlaku, apa yang boleh kita bantu supaya mana-mana syarikat penerbangan dapat bagi satu solusi untuk mereka dapat tangani perkara ini," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain