suria

Jihan Muse belum bersalin lagi, rupanya video tular di TikTok berita palsu

Jihan bakal menyambut kelahiran cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

PENGACARA Jihan Muse menafikan dakwaan sudah melahirkan cahaya mata ketiga seperti yang ditularkan menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.

Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, berkata, dia tidak pernah memiliki akaun TikTok dan khabar angin yang disebarkan mengenai berita melahirkan itu adalah palsu.

"Kepada ramai yang mesej bertanya, saya belum bersalin dan kami sekeluarga tidak pernah ada TikTok.

Jihan nafi dakwaan sudah melahirkan cahaya mata ketiga.

Jihan nafi dakwaan sudah melahirkan cahaya mata.

"Saya pun tak tahu video apa yang anda lihat tapi saya masih okay lagi ni (belum bersalin). Tak tahulah akaun palsu siapa buat, tapi semua itu berita palsu," katanya.

Jihan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Jihan menegaskan dia hanya memiliki akaun Instagram dan Facebook sahaja dan akan memaklumkan berita kelahiran anaknya itu di laman media sosial tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse umum hamil anak ketiga, reaksi keluarga terkejut dengar berita gembira buat netizen terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse selamat melahirkan anak kedua, Elly Mazlein ganti tugas sebagai hos Gegar Vaganza musim ke-9

Dalam masa sama, dia turut memohon doa orang ramai agar urusan kelahiran cahaya mata ketiga itu dipermudahkan.

"Kita old school sikit selain Instagram cuma aktif di Facebook sahaja.

"Kalau ada perkembangan terkini cuma di Instagram saya atau Ungku (suami) atau di Facebook akaun peribadi sahaja ya, doakan saya," ujarnya.

Pada 22 Disember lalu, Sherry Alhadad muncul sebagai hos ketiga program realiti Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) bagi menggantikan Jihan yang akan membuat persiapan melahirkan cahaya mata tidak lama lagi.

Jihan dan Ungku (kanan) bersama dua lagi cahaya mata mereka Arsalan dan Altamis.

Jihan dan Ungku (kanan) bersama dua lagi cahaya mata mereka Arsalan dan Altamis.

Menerusi konsert kelima GV11, Jihan memberitahu dia mahu berehat untuk mempersiapkan diri menyambut kelahiran anak ketiganya itu.

Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6, dan Ungku Altamis Barr, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain