suria

Gara-gara seekor kucing, Janna Nick sampai masuk hospital

Janna memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan akibat masalah sinus kronik.

PELAKON Janna Nick memaklumkan dia terpaksa menjalani pembedahan sinus akibat masalah resdung yang kronik.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata punca sinus itu menjadi semakin teruk selepas dia menjalani penggambaran bersama seekor kucing.

"Ini adalah pertama kali dalam hidup saya perlu surgeri. Yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung.

Copy of Untitled (70)

Dini sempat berseloroh agar netizen tidak membuat spekulasi mengenai bentuk hidung Janna.

"Saya alami sinus saya agak kronik. Sebelum ini saya ada pengambaran dengan seekor kucing di Thailand.

"Dia telah membuatkan sinus saya teruk sampai masuk hospital," katanya menerusi satu hantaran video di TikTok.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia sudah menjalani pembedahan berkenaan atau belum.

ARTIKEL BERKAITAN: Reda soal zuriat, Janna Nick cuma kongsi perjalanan mahu dapat anak... Menangis senyap-senyap sebab datang ‘period’

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick menangis suami dituduh bermasalah, sudah usaha hamil sampai minta Nabila Razali ‘pijak’ kaki

Sejak beberapa hari lalu, Janna berkongsi foto dia berada di hospital, namun tidak mendedahkan punca dia mendapatkan rawatan.

Dalam nada berseloroh, suami Janna iaitu pelakon Dini Schatzmann sempat mengingatkan netizen untuk tidak mencetuskan spekulasi mengenai bentuk hidung isterinya selepas pembedahan.

"Lepas ini kalau nampak hidung Janna bentuk lain, bukan sebab dia buat hidung tau tetapi sebab sinus," ujarnya.

Copy of Untitled (69)

Janna mengingatkan orang ramai untuk segera mendapat rawatan sekiranya mengalami masalah sinus.

Sementara itu, Janna turut menasihati orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah yang sama.

Jelasnya, penyakit tersebut telah menyebabkan dirinya kehilangan beberapa nikmat deria.

"Untuk sesiapa yang ada resdung, saya nak ingatkan sekirnya ada diserang sinus cepat-cepat makan ubat anti selesema dan bersihkan hidung dengan air garam.

"Resdung ini masalah yang besar juga sebab saya dah hilang nikmat rasa dan bau," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain