suria

Adam Lee masuk hospital, tulang pada bahagian leher patah

Leher Adam patah bukan disebabkan sedang berlakon di set penggambaran.

MALANG tidak berbau, pelakon Adam Lee mengalami kecederaan pada bahagian leher dan terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

Reda menerima ujian itu, Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, berharap tahun depan akan lebih baik buat dirinya.

Malah, dia memegang pesan ibu yang memintanya terus kuat berdepan dugaan itu.

NP (50)

Adam menerima rawatan di hospital swasta.

"Tulang leher patah pula.

"Tidak mengapa semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini. Get well soon dear self.

"Ingat pesan ibu, saya kuat dan kena kuat. Alhamdulillah untuk semua ini," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Pelakon drama Budak Tebing itu juga turut berkongsi imbasan X-ray yang memaparkan keadaan tulang lehernya yang patah.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee dah rasa kena hempuk di lokasi penggambaran tapi hati tetap kental, nasihat pelakon baharu betulkan niat

ARTIKEL BERKAITAN: Penat lelah sebagai pelakon membuahkan hasil, Adam Lee dan Sweet Qismina berjaya beli rumah

Menjelaskan punca terjadinya musibah berkenaan, Adam memberitahu ia berlaku semasa dia sedang melakukan latihan seni mempertahankan diri dan terjatuh pada bahagian leher.

Tambah aktor itu, selepas mendengar nasihat daripada isterinya iaitu aktres Sweet Qismina, dia membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan lanjut di klinik dan hospital.

"Pada Rabu lalu saya ada latihan seni bela diri dan salah jatuh terkena pada bahagian leher C3 yang patah.

"Atas nasihat isteri, saya pergi ke klinik dan seterusnya ke hospital untuk lakukan rawatan susulan," katanya ketika dihubungi mStar.

NP (51)

Adam terima ujian penghujung 2024 dengan hati terbuka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pelakon itu segera pulih dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

"Lain kali hati-hati Adam, semoga cepat sembuh.

"Semoga cepat sembuh Adam, saya tahu awak kuat.

"Anak jantan memang macam ini, apa pun cepat sembuh dan kembali dengan lebih kuat ya," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain