suria

Adam Lee tak mahu rehat lama-lama, yakin boleh kembali kerja Februari depan

Adam enggan berehat terlalu lama kerana mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan.

MENGALAMI kecederaan patah tulang di bahagian leher, pelakon Adam Lee yakin hanya akan mengambil masa yang singkat untuk kembali sembuh.

Kata Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, dia tidak boleh berehat terlalu lama kerana ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

"Ini hanya kata daripada saya, tapi saya yakin kecederaan saya lalui ini hanya sementara.

NP (49)

Tulang bahagian lehar Adam patah.

"Saya tidak akan rehat lama dalam industri disebabkan cedera ini.

"Tak boleh nak rehat lama pun sebab saya ada tanggungjawab yang perlu dijalankan," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Berkongsi lanjut, Adam berkata disebabkan kecederaan yang dilalui dia terpaksa membatalkan hasrat membintangi dua drama awal tahun depan,

Namun, dia yakin keadaannya akan kembali pulih seperti sedia kala dan sudah mampu bekerja pada Februari 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee dah rasa kena hempuk di lokasi penggambaran tapi hati tetap kental, nasihat pelakon baharu betulkan niat

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee masuk hospital, tulang pada bahagian leher patah

"Sekarang pun saya terpaksa lepaskan dua tawaran berlakon drama sebab masalah yang tak dapat dielakkan sekarang.

"Insya-Allah dalam bulan Februari saya akan aktif berlakon dan kembali berlatih Muay Thai seperti biasa," ujarnya.

Pada malam Khamis, Adam dimasukkan ke hospital selepas tulang pada bahagian lehernya patah.

Kata Adam, kecederaan itu terjadi selepas dia terjatuh ketika menjalani sesi latihan Muay Thai pada Rabu lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain