PELAWAK Ebby Yus tidak mahu bersikap lepas tangan selepas rakannya iaitu penyampai radio Ajak menghadiahkan cawangan baharu sebuah restoran di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Kata Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, meskipun Ajak memberi kelonggaran susulan masalah kesihatan yang dialami, namun dia mengambil tanggungjawab penuh untuk menguruskan perniagaan tersebut. Malah Ebby juga meluahkan rasa teruja untuk melihat sendiri pembukaan restoran berkenaan dalam masa terdekat. Ajak membuat kejutan buat Ebby. "Saya mesti bertanggungjawab. Walau dia kata saya tidak perlu bersusah-payah, tetapi saya kena ambil amanah untuk uruskan perniagaan ini. Kalau boleh hari-hari saya mahu ke kedai. "Sebelum ini pun saya pernah berniaga, dan saya lebih suka berdepan dengan pelanggan. Jika ada masalah boleh cakap secara bersemuka. Lagipun saya tidak mahu kedai hanya menggunakan nama artis sahaja. "Saya tidak akan lepas tangan untuk uruskan perniagaan ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Buka cawangan kedua restoran, Ajak murah hati serah gaji dan keuntungan kepada Ebby Yus ARTIKEL BERKAITAN: 4 bulan tiada tawaran lakonan, Ebby Yus jual barang peribadi demi kelangsungan hidup... Enggan jadi beban orang lain Ajak sebelum ini berkongsi berita gembira pembukaan cawangan baharu perniagaan makanan miliknya yang akan beroperasi di Pasar Seni, Kuala Lumpur bermula Isnin ini. Sebagai seorang sahabat, Ajak bersetuju menyerahkan gajinya serta sebahagian peratusan keuntungan kepada Ebby bagi membantu untuk menampung perbelanjaan harian. Bersyukur dengan rezeki itu, Ebby juga tidak menyangka kata-kata Ajak tentang cawangan baharu itu adalah benar dan bukannya satu gurauan. Perniagaan ini juga saya anggap satu terapi EBBY YUS PELAKON/PELAWAK "Dia pernah cakap kepada saya nak buka cawangan baru dan serahkan kepada saya. Mulanya ingatkan sekadar gurauan sebab ia suatu yang amat besar. "Saya hilang kata-kata apabila dia menyerahkan kontrak berhubung perniagaan ini. Ajak seorang rakan yang sangat baik. Saya kenal dia sudah lama sejak dia mula terlibat dalam industri," jelasnya. Ebby mahu uruskan sendiri restoran yang diberikan Ajak. Dalam masa sama, Ebby juga memberitahu dia akan cuba menyesuaikan diri menguruskan restoran memandangkan penyakit buah pinggang dihidapi memerlukan dia melakukan rawatan dialisis di rumah. "Saya akan cuba sesuaikan masa untuk uruskan pernigaan ini. Saya pun sudah tahu jadual untuk rawatan dan boleh rancang pergerakan. "Perniagaan ini juga saya anggap satu terapi. Tidak perlu pening kepala nak fikir soal duit untuk menampung kos perubatan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!