HASIL ujian pengimejan resonans magnet (MRI) mendapati tiada sebarang kecederaan patah tulang pada bahagian leher pelakon Adam Lee. Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu, Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee, 30, memberitahu dia hanya mengalami kecederaan Annular Tear dan Trapezius Spasm. Bersyukur kerana kecederaan itu tidaklah seteruk dijangka, Adam turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya. Adam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. “Menerusi MRI, tiada keretakan atau patah tulang leher. Ia merupakan Annular Tear dan Trapezius Spasm. "Saya dan isteri sangat terkejut dan bersyukur dengan keputusan yang dikeluarkan adalah lebih baik dari apa yang kami jangkakan. "Alhamdulillah kepada Allah, terima kasih yang mendoakan Adam. Buat semua juga, tolong dengar cakap badan jika ia perlukan rehat," katanya menerusi satu hantaran di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee masuk hospital, tulang pada bahagian leher patah ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee tak mahu rehat lama-lama, yakin boleh kembali kerja Februari depan Tambahnya, Adam ke hospital dan dimaklumkan bahawa keputusan awal berdasarkan imbasan X-ray dilakukan hanya untuk mengesan kecederaan tulang. Walaupun tiada kecederaan patah tulang, keadaannya masih serius dan proses pemulihannya dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan. Pada Khamis lalu, Adam dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian lehernya ketika menjalani sesi latihan Muay Thai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!