PERKAHWINAN hampir dua tahun pelakon Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri bertambah bahagia apabila pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama perempuan pada Jumaat lalu. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh kakaknya iaitu pelakon Nelydia Senrose yang meluahkan rasa syukur atas rezeki anak dikurniakan Allah kepada pasangan tersebut. “Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan bergaduh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi. Perkongsian Nelydia selepas adiknya selamat melahirkan bayi. “Alhamduillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini. Semoga Allah sentiasa menghujani keluarga ini dengan penuh barakah dan penuh kasih sayang,” katanya. Nelydia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Ahad. Dalam pada itu, Nelydia percaya Raysha dan Nabil yang juga pelumba Formula 2 mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik. Malah Nelydia sempat menitipkan doa agar anak saudaranya yang dinamakan sebagai ‘R’ membesar menjadi manusia berguna. ARTIKEL BERKAITAN: Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri bakal timang bayi perempuan ARTIKEL BERKAITAN: “Kami, 11 tahun kemudian...” - Raysha Rizrose umum hamil anak pertama “Saya dan suami tahu mereka akan jadi ibu bapa yang hebat kepada bayi itu. “Baby R (panggilan nama bayi) awak sangat disayangi dan kami sangat bertuah memiliki awak. “Semoga awak membesar menjadi sihat, cantik, dan kuat seperti ibu awak,” ujarnya. Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!