BUAT pertama kali grup K-pop generasi baharu, Xikers bakal muncul di Malaysia sempena siri jelajah konsert di rantau Asia pada 19 Januari 2025. Xikers bakal mengegarkan Jiospace, Petaling Jaya menerusi konsert 2025 Xikers World Tour Tricky House: First Encounter in Kuala Lumpur. Sejak membuat kemunculan pertama pada Mac tahun lalu, Xikers berjaya menggegarkan persada K-pop di seluruh dunia. Xikers terkenal dengan persembahan yang memukau peminat. Malah EP pertama mereka berjudul House Of Tricky: Doorbell Ringing mendapat sambutan ramai sekali gus menerima gelaran 'Monster Rookies'. Menerusi EP tersebut, mereka berjaya menduduki tempat pertama carta Billboard Emerging Artists, keempat carta Billboard World Albums dan kedudukan ke-75 menerusi carta Billboard 200. Kehebatan kumpulan ini tidak terhenti apabila mereka berjaya memecahkan rekod sendiri pada minggu pertama jualan album tersebut yang melonjakkan hampir dua kali ganda menerusi EP House Of Tricky: How To Play. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 tahun menanti, akhirnya Running Man bakal gegar Malaysia 15 Februari depan ARTIKEL BERKAITAN: Kurang fasih bahasa Inggeris buatkan Song Joong Ki jarang bergaduh dengan isteri Bagi memperkukuhkan kehebatan mereka, Xikers juga melakukan jelajah dunia pertama menerusi Tricky House Encounter di Amerika Syarikat. Susulan jelajah Australia baru-baru ini, Xikers terus membawa persembahan hebat mereka ke beberapa negara seperti Thailand, Malaysia, Indonesia dan China. Tiket mula dijual dengan harga serendah RM296 (GA), RM596 (VIP) dan RM696 (SVIP) menerusi laman web Bookmyshow. Peminat juga berpeluang mendapat buah tangan (Fan Benefit) seperti prioriti masuk, foto berkumpulan, akses raptai (Soundcheck), sesi beramah mesra, hadiah eksklusif (Lanyard, Set Poskad, Poster Bertandatangan), dan polaroid bertandatangan Xikers. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!