USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian hampir RM40,000 selepas barang kemas miliknya hilang ketika bercuti di China minggu lalu. Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, berkata dia meninggalkan barang kemas jenama Cartier itu di dalam bilik hotelnya selepas tidak selesa memakainya. Cerita Madammu, kali terakhir dia meletakkan barang berkenaan di dalam beg peralatan mandi dan tidak memakainya kembali. Madammu bersama suami dan anak bongsu ketika di China. "Gelang dan cincin Cartier yang hilang dekat hotel. Gelang itu berharga RM22,000 manakala cincin pula RM15,000. "Semasa hari pertama sampai, gelang asyik nak terbuka dan Kayden pula bermain dengannya. "Saya buka lepas itu saya keluar tak pakai. Selepas dua ke tiga hari baru perasan gelang itu sudah tidak ada. ARTIKEL BERKAITAN: Madammu minta angkat kaki kalau kena tanggung ‘biawak hidup’, wanita perlu ada harga diri ARTIKEL BERKAITAN: Madammu hilang sabar, dakwa ‘makcik’ cuba rosakkan hubungan dengan anak tiri... Sakit hati tengok kemesraan "Tapi saya masih ingat kali terakhir saya letak di dalam beg peralatan mandi," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Dalam pada itu, Madammu memberitahu dia ada meminta bantuan pihak pengurusan hotel mengesan kembali barang kemas miliknya kerana ia hilang di dalam bilik. Bagaimanapun usaha itu gagal dan reda barang kemasnya tidak dijumpai. Antara moment yang Madammu kongsikan ketika bercuti. "Cari tak jumpa malah saya sudah minta pihak hotel cari pun memang tak jumpa. "Saya telefon hotel, mereka kata sudah ada pelanggan lain yang masuk dalam bilik tersebut dan barang-barang itu pun sudah tiada. "Tak apalah, tak ada rezeki," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!