PELAKON Rozita Che Wan sudah melunaskan hutang hampir RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara). Rozita, 51, memaklumkan perkara itu selepas mendapat pertanyaan dari anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana tentang hutang berkenaan di WhatsApp. "Sudah! Kenapa sayang?," balas Rozita atau mesra disapa Che Ta kepada Aaisyah. Rozita berkongsi tangkap layar perbualan bersama anak perempuannya itu di Instastory miliknya pada Ahad. Perbualan Che Ta bersama Aaisyah. Menerusi perbualan sama, Aasiyah turut meluahkan rasa simpati terhadap ibunya apatah lagi ramai mengata aktres berkenaan. "Mummy (panggilan Che Ta) sudah bayar Mara ke? Tanya saja, jadi sudah tak ada apa-apa dah dengan dia orang? "Aaisyah sedih tengok ramai orang mengata Mummy," tulis Aaisyah. Dalam pada itu, Rozita berkata pertanyaan dibuat Aaisyah mengenai isu tersebut disebabkan kebimbangan seorang anak. ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tunggu masa jelaskan isu gagal bayar hutang Mara, minta dapatkan maklumat sahih ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan dan anak sulung mungkin muflis, tak beri kerjasama terhadap Mara "Kerisauan seorang anak, besar sudah Aaisyah. Pandai sudah risau fasal mak dia," ujarnya lagi. Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan Pengerusi Mara iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai perkara tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak dijawab. Pada 10 Disember lalu, banglo mewah Rozita di Petaling Jaya, Selangor diserbu pihak Mara. Keadaan rumah Che Ta semasa kedatangan pihak Mara. Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barang-barang dalam banglo terbabit bagi tujuan penyitaan. Ia susulan Rozita gagal melunaskan bayaran pinjaman yang dibuat terhadap Mara sejak 2017. Difahamkan, pinjaman berjumlah RM960,000 itu dibuat syarikat pelakon tersebut, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya iaitu Ammar Effendy sebagai penjamin. Acara lelongan yang sepatutnya berlangsung pada 24 Disember membabitkan 34 barangan dianggarkan bernilai RM902,012.46 termasuk sebuah kenderaan jenis Haval ditunda atas sebab tidak didedahkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!