suria

Kilafairy hampir batal kemunculan di konsert Udit Narayan, tak mampu teruskan tanpa Rohana Jalil 

Kila hampir membatalkan persemabahan kerana terkenang allahyarham ibunya.

PELAKON Kilafairy hampir membatalkan kemunculannya di konsert penyanyi Bollywood Udit Narayan yang berlangsung di MegaStar Arena pada Sabtu lalu.

Rakan baik Kila iaitu aktres Izara Aishah mendedahkan pelakon itu tidak mampu meneruskan persembahan tersebut tanpa kehadiran ibu tercinta iaitu Allahyarham Rohana Jalil di sisi.

"Dia (Kila) membesar dengan lagu-lagu Udit Narayan bersama ibunya (arwah Rohana).

Copy of Untitled (85)

Izara berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya.

"Salah satu sebab dia hampir batalkan niat untuk berada di pentas sebab dia kata tak boleh buat tanpa ibunya," katanya menerusi TikTok pada Ahad.

Izara turut berkongsi video memaparkan Kila atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, sedang berlinangan air mata sewaktu menyaksikan konsert berkenaan.

Dalam pada itu, Izara atau Izara Aishah Halim, 32, turut berjanji untuk setia menemani dan menyokong sahabatnya itu walau dalam apa keadaan sekalipun.

ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Kilafairy dijangkiti Influenza A, pertama kali sakit tanpa ibu

"Saya tak tahu nak beri reaksi apa, apa pun saya sayang awak dan akan bersama awak selalu," kongsinya.

Selain Kila, penyanyi Syamel turut dipilih membuat persembahan pembukaan di Konsert Udit Narayan Live In Malaysia pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia pada 21 Jun 2023 akibat masalah kebocoran usus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain