suria

Ramai tanya Sweet Qismina fasal liquid diet, larang buat kalau tak dapat nasihat doktor

Sweet menasihati orang ramai untuk tidak sewenangnya mengamalkan liquid diet.

PELAKON Sweet Qismina memohon orang ramai tidak mengamalkan liquid diet bagi menurunkan berat badan secara mendadak.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, berkata, diet diamalkan itu mempunyai kesan sampingan terutamanya mengganggu emosi selain sering mengidam untuk makan.

Kata Sweet, dia mengamalkan diet berkenaan demi menjayakan watak Maya dalam filem Babah dengan kawalan ketat pihak produksi.

"Saya mengamalkan liquid diet dan mengalami kesan sampingan. Salah satunya kita akan mudah beremosi kerana mengidam nak makan.

Sweet akui alami kesan sampingan ketika melakukan liquid diet.

Sweet akui alami kesan sampingan ketika melakukan liquid diet.

"Saya lakukannya untuk kerja tapi suami dan pihak produksi menjaga saya daripada sebarang keadaan tidak diingini selain pakar pemakanan mengawasi kesihatan saya.

"Ia bukan perkara anda boleh buat sesuka hati. Tolong jangan buat sekiranya tidak merujuk dengan doktor terlebih dahulu," katanya.

Sweet berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Aktres berkenaan memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi informasi mengenai diet tersebut kerana bukan semua individu sesuai melakukan diet tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berat Sweet Qismina turun 10 kg dalam masa sebulan, hanya minum susu setiap hari

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina nasihat kongsi lokasi dengan keluarga, ‘delay’ hantaran di media sosial elak dikesan

Tambahnya lagi, sebelum mengamalkan liquid diet itu juga, dia sudah berjumpa dengan pakar nutrisi bagi memeriksa kondisi kesihatannya.

“Doktor akan periksa berat badan dan tahap kesihatan bagi memastikan badan saya sesuai melakukan liquid diet.

"Bila jumpa dengan pakar pemakanan mereka akan beritahu apa sesuai atau tidak sesuai dan bagaimana cara untuk saya diet itu.

Sweet mengamalkan diet bagi melunaskan tuntutan kerja.

Sweet mengamalkan diet bagi melunaskan tuntutan kerja.

"Susu diberi itu bukanlah anda boleh dapat dan minum sesuka hati kerana ia digunakan untuk pesakit yang makan atau minum melalui tapi saya dapat minum susu itu atas nasihat doktor," katanya.

Sebelum ini, Sweet menyangkal dakwaan kononnya dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus untuk menurunkan berat badan dalam masa singkat.

Demi menjayakan babak terlantar di hospital dalam filem Babah, Sweet berkata dia mendapatkan nasihat pakar nutrisi dan mengamalkan liquid diet.

Kongsi Sweet, dia mengambil masa selama sebulan dan berhasil menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain