PENYANYI Arrora Salwa menepis dakwaan sesetangah pihak menuduh dia mengamalkan ilmu sihir untuk kekal bertanding dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11). Sebaliknya kata Arrora atau Salwa Md Razak, 40, amalan ayat suci al-Quran menjadi pegangannya agar terhindar daripada sebarang musibah atau perbuatan tidak tidak baik. "Ada kata Arrora guna 'mak esah' (ilmu sihir) tiada pun! Amalkan ayat al-Quran sahaja. Baca ayat 1 hingga 5 surah al-Baqarah dan ayat Kursi. Arrora memberi persembahan bertenaga di minggu ke-6 GV11. "Satu lagi kena hafal tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah. Kalau orang nak buat benda tak baik pada kita, kena padanya semula," katanya. Arrora berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. Dalam masa sama, dia juga sempat berseloroh membukti dirinya tidak mengamalkan sebarang ilmu sihir dengan berjalan di bawah ampaian. ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi macam ‘kenduri kahwin’, Arrora Salwa bangga berjaya bawa vibes lagu lama ARTIKEL BERKAITAN: Man Bai ada hak luah pendapat, Arrora Salwa tak tersinggung dilabel penyanyi kenduri kahwin "Kata orang yang guna mak esah tak boleh lalu bawah ampaian. Saya nak langkah (sambil berjalan di bawah ampaian). "Tiada tertanggal pun... Alhamdulillah," ujarnya. Arrora antara sembilan peserta yang akan meneruskan persaingan pada minggu ke-tujuh GV11. Arrora teruskan persaingan di pentas GV11. Dia bakal tampil membuat persembahan lagu Hindi berjudul Wada Karo Nahi Chodoge Tum Mera Saath (Lata Mageshkar & Kishore Kumar). Selain Arrora peserta lain yang masih lagi kekal bertanding adalah Liza Aziz, Ning Baizura, Fairuz Selamat dan Dyrga Dadali. Empat lagi peserta adalah The Lima, Ronnie Hussein, Zehra Zambri dan Sheila Abdul. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!