suria

Set sate 3 cucuk RM21.90 tak masuk akal, Mark Adam guna daging premium dan bahan mentah berkualiti

Mark merasakan harga yang dijual munasabah selepas mengambil kira kos penjualan.

PERNIAGAAN Sate Bhalut milik penyanyi Mark Adam nampaknya mula mencuri perhatian disebabkan harga dikenakan didakwa terlalu mahal.

Mana tidaknya, set tiga cucuk sate termasuk air dikenakan harga RM21.90 dianggap keterlaluan oleh pelanggan.

Tampil menjelaskan isu itu, Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah berkata harga dikenakan adalah munasabah selepas mengambil kira segala kos penjualan termasuk bahan mentah dan sewa tapak perniagaan.

Copy of Untitled - 2025-01-02T114221.219

Mark berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Bekalan bahan mentah juga adalah berkualiti tinggi yang diambil daripada sebuah syarikat pembekal ternama menggunakan daging premium yang dibekalkan ke hotel lima bintang dan restoran mewah.

"Sate saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popiah saya letak daging seberat 30 gram. 500 gram RM30 dan secucuk RM7.50. Ini harga sebelum kilang ambil untung.

"Untuk air pula kita guna cawan bersaiz besar dan kuat. Air saya letak dengan campuran buah limau. Harga RM3 jadi RM10.50.

"Saya nak tanya, adakah ini cukup nak bayar tapak katakanlah untung RM2,900. Saya berniaga, baru sahaja masih belajar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba pelbagai cabang bisnes, Mark Adam tak mahu terlalu bergantung pendapatan sebagai artis

ARTIKEL BERKAITAN: Mark Adam kagum cara kerja produksi Indonesia, sehari boleh rakam 10 lagu

Mark menjelaskan perkara itu menerusi hantaran video di Instagram pada malam Ahad.

Mengaggap kritikan diterima sebagai ujian berniaga, Mark memberitahu dia tetap menitikberatkan kualiti produk dijual berbanding keuntungan semata-mata.

"Dah ramai beli, yang tak beli pula yang banyak komen. Apa hal? Bukan mudah tetapi saya dan isteri suka.

"Sebab itu kami utamakan kualiti tanpa fikir untung. Minta maaf kalau ada yang tersinggung," jelasnya.

Copy of Untitled - 2025-01-02T115422.812

Mark memberitahu kecaman netizen memberi kesan kepada perkerjanya.

Meskipun kebal dengan kecaman, Mark mengakui komen diterima memberi kesan kepada pekerjanya sehingga rata-rata mereka bagai hilang semangat meneruskan perniagaan.

"Pekerja saya nampak komen-komen netizen dalam posting itu dan ada komen yang sangat tak sedap. Saya tak kisah sebab dah terbiasa.

"Tetapi pekerja saya adalah budak baru. Mereka hilang semangat sebab terbaca satu komen mengatakan harga sate bhalut adalah harga extra 'hell'," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain