suria

Dapat banyak ‘tahi’ daripada bunga, ramai cuba ambil kesempatan kontroversi babit Aisyah Hijanah

Aisyah tenang hadapi ujian selepas terpalit isu kontroversi kes mahkamah tentang dakwaan salah guna dana awam.

PERSONALITI media sosial Aisyah Hijanah sedar ramai cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan dan kontroversi dilaluinya sejak kebelakangan ini.

Malah kata Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 27, ada pihak sanggup membuka akaun media sosial menggunakan namanya bagi meraih pengikut dan keuntungan.

"Saya maklum memang banyak sangat orang guna nama saya sekarang untuk tujuan tidak betul.

NP (59)

Aisyah sedang berdepan kes salah guna dana awam di mahkamah.

"Nama tengah busuk memang lebih banyak tahi daripada bungan orang bagi. Perkara tiada kena mengena pun buat cerita macam-macam," katanya.

Aisyah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.

Tidak hanya itu, rakannya turut memaklumkan sebuah syarikat turut menjual namanya dengan tujuan menyelamatkan diri daripada dipersalahkan.

"Ada kawan saya beritahu ada auditor yang tak hantar pada klien siap cakap sedang selesaikan audit Aisyah Hijanah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alif Teega dan Aisyah Hijanah mengaku tak bersalah, kali ini berdepan 10 pertuduhan salah guna dana awam

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang Allah dulu... baru suami” - Aisyah Hijanah ada cara elak rasa sakit berjauhan dengan Alif Teega

"Sedangkan saya tak buat dengan syarikat dia. Masa-masa macam ini memang akan banyak orang gunakan nama saya untuk benda buruk," jelasnya.

Tenang hadapi dugaan, Aisyah berdoa agar dia sentiasa sabar dan dikurniakan pahala setimpal dengan apa menimpanya.

"Semoga Allah bagi pahala sabar yang besar kepada saya di dunia serta akhirat dan masuk ke syurga tanpa hisab," ujarnya.

NP (58)

Aisyah dan Alif mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan salah guna dana awam.

Aisyah dan suaminya iaitu Alif Teega sedang berdepan 12 pertuduhan salah guna dana awam berjumlah lebih RM1.6 juta.

Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan itu disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan 10 yang lain di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Antara pertuduhan salah guna dana awam tersebut adalah bertujuan infaq kurma, infaq al-Quran, infaq pek makanan bagi fakir miskin, bantuan mangsa banjir selain sedekah pakaian raya untuk anak yatim.

Jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, dia boleh dihukum bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain