PELAWAK Shuk Sahar membidas kenyataan Man Raja Lawak yang mendakwa dia bersikap sombong ketika namanya berada di puncak populariti. Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, sebaliknya berasa musykil dengan tuduhan tersebut memandangkan hubungan mereka tidak rapat. Malah jelas Shuk dia tidak berubah sikap selepas namanya 'jatuh' malah tidak pernah meminta bantuan daripada Man biarpun sedang berdepan kesempitan hidup. "Dalam episod itu, Man cakap yang saya tak pandang dia pun ketika nama saya sedang naik tetapi selepas jatuh barulah saya nak berbaik. Shuk berkongsi perkara itu dalam episod terbaharu Dol's Podcast. "Sejujurnya saya memang tak rapat dengan Man... Tak kisahlah ketika nama saya dipuncak atau pun tidak. Itu yang timbul persoalan sikit. "Saya pelik sebab masa saya susah, saya tak ada pula telefon atau minta tolong dia. Itu buat saya tertanya-tanya," katanya. Shuk menjelaskan perkara itu menerusi episod terbaharu Dol's Podcast yang bersiaran di YouTube Shuib Channel. Man sebelum ini bekongsi pandangan mengenai Shuk ketika muncul sebagai tetamu dalam episod ke-17 podcast tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sudah pulih, Shuk Sahar tak kecil hati isteri luah hal rumah tangga... “Perempuan ni kadang-kadang lebih emosi” ARTIKEL BERKAITAN: Seumur hidup Shuk Sahar tak pernah cerita buruk tentang orang Bagaimanapun ketika itu, Shuk tidak muncul sebagai panel kerana sedang menunaikan umrah di Makkah. Dalam pada itu, Shuk menjelaskan dia seorang yang setia dalam persahabatan malah tidak pernah memandang status seseorang untuk berteman. "Saya kalau berkawan dengan orang, saya tak pernah kisah mengenai kedudukan. Saya akan tetap berkawan. "Saya bukan orang yang baik. Saya pun tak berkenan cerita hal orang atau burukkan orang scara terbuka di hadapan media," ujarnya. Shuk megambil pendekatan untuk berdiam diri dan enggan perbesarkan hal itu. Walaupun kurang senang dengan tindakan Man namun Shuk memilih untuk tidak memperbesarkan hal tersebut dan menganggap pelawak itu sekadar meluahkan perasaan terbuku di hati. "Ada lawak dia yang macam mendoakan saya mati di Makkah, macam tak kenalah. "Saya okay saja... Saya anggap saja yang Man hanya luahkan apa dia rasa dan saya tetap profesional. "Kalau saya tak profesional, saya dah lama kata yang dia tunggang nama saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!