PENYANYI Hasif Upin akur jika rezeki dalam bidang seni tidak lagi berpihak kepadanya susulan kemelut dengan syarikat pengurusan yang masih belum berkesudahan. Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 33, yang sebelum ini aktif membuat kandungan di sosial media memberitahu sedia untuk kembali beralih bidang sebagai content creator. Biarpun impian sejak kecil untuk menjadi menjadi penyanyi namun dia perlu akur akan nasib yang tidak menyebelahinya. Hasif mulakan langkah dalam bidang perniagaan. "Sekarang ini saya lebih selesa dikenali sebagai penyanyi sebab sejak kecil saya memang mahu terlibat dalam dunia seni. "Saya sudah menyanyi dan berlakon, kenapa tidak diteruskan? Namun jika tiada rezeki saya akan kembali menjadi content creator," katanya kepada mStar. Sebelum bergelar penyanyi Hasif cukup dikenali dalam kalangan pengikut di media sosial menerusi kandungan jenaka menyerupai karakter kartun Upin Ipin. ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin merayu minta dilepaskan, tak mampu bayar kalau disaman... Geram ada rakan artis jadi batu api ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin hanya mahu keadilan, bukan tagih simpati jaja isu dengan syarikat pengurusan Langkahnya dalam dunia seni bermula sekitar tahun 2021 selepas dia bernaung di bawah pengurusan syarikat Armani Entertainment. Bagaimanapun isu mula timbul apabila Hasif mendakwa pihak berkenaan tidak mempromosikan kerjaya seninya dengan baik sehingga dia kurang mendapat tawaran kerja. Susulan itu juga dia akui berdepan masalah kewangan dan kini terpaksa memulakan perniagaan baharu menjual produk makanan. Namun jika tiada rezeki saya akan kembali menjadi content creator HASIF UPIN PENYANYI "Dengan duit simpanan yang ada sebelum ini saya mulakan perniagaan bersama dua orang lagi rakan. Inilah yang dapat menampung perbelanjaan harian dan meneruskan hidup. "Mungkin ada yang anggap saya ada banyak simpanan ketika aktif sebegai content creator sebelum ini, namun wang itu juga sudah banyak digunakan apabila bergelar penyanyi. "Dengan bermodalkan anggaran RM20,000 saya kongsi duit bersama rakan-rakan untuk mulakan perniagaan ini," jelasnya. Hasif akur jika tiada rezeki dalam dunia seni. Berkongsi lanjut Hasif juga meluahkan rasa terharu apabila pernigaan yang dimulakan pada awal Disember tahun lalu mendapat sambutan baik termasuk dalam kalangan selebriti. "Setakat ini masih belum pulang modal, tetapi syukur semuanya berjalan lancar. Malah saya amat bertuah apabila Fattah Amin beli 500 pek sambal sebelum saya melancarkannya. "Ia satu permulaan baik untuk pernigaan ini," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!