BEBERAPA akaun TikTok milik personaliti media sosial Siti Jamumall hilang dalam sekelip mata tanpa sebab munasabah. Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 27, berkata, kejadian itu membuatkan dia sukar mencari rezeki memandangkan banyak bergantung kepada platform media sosial. "Apa rasanya dalam keadaan berusaha mencari duit, akaun TikTok hilang. Siti maklumkan dirinya kini berada di hospital. "Akaun 800,000 hilang dua bulan lepas, akaun suami saya 500,000 hilang dan akaun saya sendiri 700,000 hilang sekelip mata. "Siti cuma nak mencari rezeki membesarkan anak-anak untuk keluarga, pekerja dan nak melangsaikan hutang," luahnya. Perkara itu dikongsikan Siti menerusi akaun TikTok baharunya iaitu @Siti_Riani. ARTIKEL BERKAITAN: Batuk dan datang bulan berpanjangan, Siti Jamumall derita sakit misteri akibat santau ARTIKEL BERKAITAN: Hati Siti Jamumall terguris, tuduhan hamil sebelum nikah bersifat jahat Lebih mengecewakan apabila dia juga tidak sempat mengeluarkan wang yang terdapat dalam akaun tersebut hasil jualannya di akaun berkenaan. Katanya ketika ini pelbagai usaha sedang dilakukan namun kemungkinan untuk mendapatkan kembali akaun tersebut agak sukar. Ia ekoran beberapa individu yang tidak senang melihat dirinya membuat laporan terhadap akaun tersebut. Ya Allah saya nak cari rezeki, saya tak tahu nak cakap apa-apa dah. SITI JAMUMALL PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Paling sakit duit saya dalam itu tak dapat nak keluarkan. Saya jadi affiliate saja tau jadi saya lakukan promosi gila-gila dekat produk. "Saya tak sempat lagi keluarkan duit dekat dalam itu. Saya tengah cuba dapatkan, saya sudah hubungi macam-macam pihak. "Mereka tengok saya punya kes ini mungkin orang yang laporkan sebab ada yang tidak suka... Ya Allah saya nak cari rezeki, saya tak tahu nak cakap apa-apa dah," ujarnya. Siti mengadu kekecewaan kepada suami, Aiman. Dalam pada itu, Siti memberitahu dia kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas mengalami batuk berpanjangan. "Saya di hospital sebab sudah tidak tahan kerana sudah dua bulan batuk teruk menyebabkan malam saya tak boleh tidur. "Selepas itu dada dan belakang sakit serta susah nak nafas buatkan saya ambil keputusan untuk masuk hospital," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!