suria

Hilang secebis ingatan, Ika Nabella sedih tertinggal cincin pemberian suami di Jepun

Ika sedih kehilangan cincin pemberian suami.

PELAKON Ika Nabella kecewa apabila cincin berlian pemberian suami tertinggal semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo, Jepun.

Ika atau Nabila Abdul Rahim, 35, berkata, dia reda dengan kehilangan tersebut namun sedih mengenangkan kenangan yang terdapat pada cincin tersebut.

"Saya tertinggal cincin berlian yang suami berikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda.

IN1

Luahan hati Ika selepas menyedari kehilangan cincinnya.

"Saya tahu ada rezeki yang tidak terkira banyaknya dalam hidup saya dan mungkin ini adalah peringatan yang lembut dari Allah.

"Tapi rasa sedih itu masih berbekas kerana cincin ini menyimpan kisah yang sangat berharga," tulisnya.

Perkara itu dikongsikan Ika menerusi Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beg Bottega tak dapat, duit RM7,600 Ika Nabella lesap ditipu ‘personal shopper’

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dikutuk ‘mata duitan’ kerana kahwin lelaki gemuk, Ika Nabella kini bangga suami dah kurus! - “Saya tak bersuamikan peti ais lagi”

Ika memberitahu cincin itu dihadiahkan suaminya iaitu Muhammad Zaid Aznam ketika mengandungkan anak sulung mereka pada 2018.

Cerita Ika, pemberian itu adalah tanda cinta dan sokongan dari suaminya kerana jarinya membengkak sehingga tidak boleh menyarung cincin perkahwinan mereka.

"Saya mengandungkan Muhammad Noah Zayn dan kecewa sebab jari saya membengkak sehingga tidak dapat memakai cincin perkahwinan saya lagi.

ika 2

Ika dan suami semasa bercuti di Jepun.

"Ia adalah satu momen rawak di KLCC apabila Zaid mengejutkan saya dengan cincin cantik itu. Ia melambangkan cintanya ada sokongan semasa masa istimewa dalam hidup kita.

"Hilang rasanya seperti kehilangan secebis ingatan itu, buat saya berpegang pada cinta yang menyelubungi saya," ujarnya.

Untuk rekod, Ika dan Zaid mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan miliki seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Noah Zayn, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain