suria

Kerap pengsan di pejabat, Haliza Maysuri letak labu kundur serap aura negatif

Haliza syukur petua berjaya jauhi penyakit misteri.

BAGI mengelakkan diganggu penyakit misteri, usahawan Haliza Maysuri memberitahu dia meletakkan labu kundur di premis miliknya.

Haliza, 47, berkata tindakan itu ekoran dirinya kerap kali pengsan ketika berada di pejabat untuk melakukan tugasnya.

Kata Haliza, petua berkenaan juga diperolehi daripada kenalannya selepas mengetahui dirinya kerap kali berasa tidak sihat dipecayai kerana gangguan misteri.

HM 1

Pekerja Haliza ambil labu yang sudah membusuk.

"Ramai kenalan dan pelanggan saya tahu bahawa saya lama mengalami sakit. Setiap kali saya ke pejabat atau butik, saya akan pengsan.

"Namun, atas izin Allah, ada seorang hamba Allah yang memberi saya petua: letakkan labu kundur di bangunan tersebut.

"Katanya, jika ada aura negatif atau gangguan, labu kundur akan menyerapnya dan membusuk sebagai tanda. Wallahu’alam," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri dapat hadiah BMW edisi terhad RM1.6 juta, bawa ke kebun durian - “Kalau tak guna satu hal menjawab di akhirat”

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan Haliza Maysuri dan anak-anak terguris, minta henti ejek wajah suami macam pemandu

Haliza berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan salah seorang staf melakukan pembersihan di pintu hadapan premis miliknya.

Menerusi video tersebut, staf berkenaan berkongsi keadaan buah labu kundur yang sudah membusuk dan perlu ditukar baharu.

Berkongsi lebih lanjut, Haliza memberitahu berkata sejak amalkan petua berkenaan dia dapat kembali ke pejabatnya dalam keadaan sihat.

Saya dapat berada di pejabat dan butik dengan sihat, dan selamat.

HALIZA MAYSURI

USAHAWAN

Malah segala urusan majlis yang diadakan juga berjalan lancar tanpa gangguan yang tidak elok.

Dia bagaimanapun memaklumkan ketika ini berdepan dengan serangan belalang berwarna hijau sehingga mencetuskan rasa bimbang.

"Alhamdulillah, semasa majlis ulang tahun HM (Haliza Maysuri) baru-baru ini, saya dilindungi Allah sepanjang majlis.

HM 3

Haliza bersama suaminya amalkan petua labu kundur.

"Saya dapat berada di pejabat dan butik dengan sihat, selamat, dan meraikan pelanggan hingga selesai tanpa sebarang kejadian yang tidak diinginkan. Syukur Alhamdulillah.

"Terima kasih kepada hamba Allah tersebut atas petua ini. Apa-apa pun, hanya Allah yang lebih mengetahui.

"Tapi nak kongsi juga selalu saja ada belalang hijau ini di pejabat, atau di rumah saya, belalang apa pula," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain