ENGGAN dilabel stereotaip sering melakonkan watak pemuda kaya, pelakon Hariz Hamdan mencabar diri tampil sebagai hero dalam filem komedi berjudul Sahak Gangster. Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata pertaruhannya membawakan watak komedi memberikan perubahan baharu dalam kerjaya seninya sepanjang bergelar pelakon. "Sewaktu awal kemunculan saya berlakon, penonton sudah mengenali saya dengan watak-watak 'Megah Holding' (orang kaya). Hariz cabar diri bawa watak utama dalam filem Sahak Gangster. "Jadi bila saya berlakon watak komedi ini, ia memberi era baharu dalam kerjaya lakonan dan menukar perspektif penonton. "Saya mahu penonton lihat saya sebagai pelakon yang berkaliber. Saya akui masih banyak kelemahan tetapi percaya dengan usaha gigih yang ditunjukkan ini pasti membuahkan hasil," katanya kepada mStar. Hariz berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sahak Gangster yang diadakan di GSC Tropicana Mall pada malam Khamis. Dalam pada itu, Hariz memberitahu pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima tawaran daripada pengarah filem berkenaan iaitu Dr Ahmad Idham dua tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan tiada pengalaman buruk di set penggambaran, sentiasa jaga sikap dan terima teguran artis senior ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju tanpa lengan sebab fesyen, Hariz Hamdan bukan nak tayang otot - “Kalau duduk sebelah Norman Hakim memang kalah” Kata Hariz, ketika itu dia baharu dua tahun menapak dalam bidang lakonan dan tidak mempunyai keyakinan untuk membawa peranan utama dalam sebuah filem. Bagaimanapun, atas keyakinan dan tunjuk ajar yang diberikan pengarah berkenaan membuatkan pelakon itu terbuka menerima cabaran diberi. "Sejujurnya pada awalnya saya tidak berani juga untuk menerima tawaran sebagai pelakon utama dalam filem ini. Saya beritahu pengurus rasanya masih belum bersedia untuk bawa watak hero. "Selagi lakonan saya masih belum baik, saya tidak mahu merosakkan sesuatu karya itu. Namun selepas berjumpa dengan Idham, dia banyak memberi keyakinan kepada saya. Saya rasa masih banyak yang perlu diperbaiki. HARIZ HAMDAN PELAKON "Abang Idham beritahu dia mahukan wajah segar sebagai hero dan selepas itu saya jadi lebih yakin. Sebagai pengarah senior, dia banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam menjayakan watak yang diberi. " ujarnya. Ditanya sama ada berpuas hati dengan hasil lakonannya menerusi filem Sahak Gangster, Hariz mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Namun dengan pengalaman setahun jagung dalam industri lakonan, dia masih boleh berbangga atas pencapaian dan komitmen yang diberi dalam filem Sahak Gangster. "Kalau tanya mana-mana pelakon sudah tentu mereka masih belum berpuas hati dengan lakonan sendiri. Idham yang juga pengarah filem Sahak Gangster banyak memberikan tunjuk ajar kepada Hariz. "Apa lagi saya sebagai pendatang baru. Saya rasa masih banyak yang perlu diperbaiki dan kalau boleh putarkan semula masa, saya mahu berikan lakonan lebih baik. "Walaupun filem ini sudah diperam selama dua tahun dan kini saya sudah empat tahun bergiat dalam bidang seni, saya tetap bangga dengan hasil yang diberikan untuk Sahak Gangster," katanya. Selain Hariz, Sahak Gangster turut dibintangi barisan pelakon Nelissa Nizam, Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Razak Ahmad, Acong Sweetchild dan Datuk Ahmad Tamimi. Sahak Gangster bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!