suria

Tiada penyingkiran minggu ketujuh GV11… Fairuz Selamat tercorot, ‘Damelo’ Liza Aziz pula paling mega

Persembahan Liza mendapat markah tertinggi daripada barisan juri profesional.

PENYANYI Fairuz Selamat muncul sebagai peserta dengan markah paling rendah pada minggu ketujuh Gegar Vaganza 11 (GV11) yang berlangsung pada malam Ahad.

Pertaruhan Fairuz yang mendendangkan lagu Oh My Kadhale (OMK) nyanyian asal Ezra Kairo dan Zubir Khan gagal menambat hati barisan juri profesional.

Bagaimanapun Fairuz mampu menarik nafas lega apabila dia mara ke peringkat seterusnya susulan tiada penyingkiran dilakukan minggu ini.

NP-120

Fairuz hampir tersingkir di minggu ketujuh GV11.

Dalam pada itu, peserta kegemaran ramai iaitu Liza Aziz diumumkan sebagai juara mingguan apabila persembahan menerusi lagu Damelo nyanyian asal Dolla memukau barisan juri.

Malah Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan penyanyi itu sebagai sederhana tetapi kelihatan sangat besar di pentas GV11.

“Ini umur 16 ke 61? Menari lenggang kangkung tapi bagus bersederhana.

“Bunyi mega walaupun sederhana, lirik panjang tapi awak mampu hafal keseluruhannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘tergelincir’... Illa Sabry dan Reshmonu tersingkir minggu keenam GV11

ARTIKEL BERKAITAN: Arrora Salwa lalu bawah ampaian, bukti tak guna ilmu hitam kekal di GV11

“Saya nampak awak seronok bawakan lagu ni, harini saya bagi markah tinggi,” katanya.

Tidak terhenti disitu, Liza juga diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi dan Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.

Manakala Dadali Dyrga berada di kedudukan kedua dan Sheila Abdul di tempat ketiga.

NP-119

Sheila dan Dyrga antara peserta terima markah tertinggi.

Selain Liza dan Fairuz peserta lain mara ke minggu kelapan ialah Ning Baizura, Arrora Salwa dan Dadali Dyrga.

Empat lagi peserta adalah The Lima, Ronnie Hussein, Zehra Zambri dan Sheila Abdul.

GV11 disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain