SUDAH jarang berkongsi tentang tahap kesihatannya, penyanyi Elyana menganggap ia langkah terbaik bagi mengelak salah faham dalam kalangan pengikut media sosial. Bagi Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 38, tidak semua orang akan memahami apa dilalui sebagai seorang yang pernah menghidap kanser sepertinya. "Sebelum ini saya mahu berkongsi dan perlukan semangat daripada orang lain cuma mungkin ketika itu terlalu banyak berkongsi. Elyana masih terus jalani rawatan kimoterapi. "Bagi yang tidak mengalami kanser, mereka mungkin tak faham. Jadi boleh memberi impak buruk jika terlalu banyak bercerita," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Dalam pada itu, penyanyi ini memberitahu masih menjalani rawatan kimoterapi walaupun sudah disahkan bebas kanser sejak Disember 2021. Elyana menjelaskan doktor menyarankan dia melakukan rawatan itu bagi mengelak sel kanser kembali merebak dan boleh menimbulkan komplikasi lain. ARTIKEL BERKAITAN: Terima banyak soalan tentang kesihatan... Elyana bukan pakar, tak mampu jawab semua ARTIKEL BERKAITAN: ”Baik atau buruk saya tanggung sendiri” - Elyana tampil tidak bertudung, enggan ulas demi jaga jiwa sendiri "Kanser ini boleh datang kembali pada bila-bila masa. Jadi kimoterapi yang saya lakukan adalah sebagai rawatan susulan untuk mencegah," ujarnya. Untuk rekod, Elyana mendedahkan dia menghidap kanser limfoma ketika dia menjadi salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017. Bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Elyana memberitahu masih aktif menyanyi biarpun sudah lama tidak muncul dalam mana-mana program televisyen. Lagu baharu ubat kerinduan peminat Elyana. Malah dia juga tampil dengan lagu baharu berjudul Bungkam yang mula dilancarkan di saluran YouTube miliknya sejak penghujung November tahun lalu. "Tak rancang pun untuk keluarkan lagu itu. Saya boleh katakan ia sekadar untuk mencuba pasaran. Selepas sekian lama tiada lagu baru, saya pun tak tahu selera pendengar. "Lagu itu saya sudah rakam empat tahun lalu, cuma ketika itu masa tidak sesuai dilancarkan. Saya rakam untuk meluahkan perasaan tentang apa berlaku ketika itu," jelasnya. Karya tersebut merupakan ciptaannya Elyana bersama Natasya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!