suria

Isa Isarb dan isteri timang bayi pertama, harap anak jadi insan sehebat Tun M

Isa memaklumkan anak sulungnya dilahirkan pada petang Isnin.

ISTERI personaliti media sosial Isa Isarb iaitu Lisa Nosra selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada pukul 4.35 petang Isnin.

Berkongsi khabar gembira itu, Isa atau Isa Batharul Zaman, 27, menyifatkan kelahiran bayi itu membawa harapan besar buat mereka sekeluarga.

"Pada tanggal 6 Januari 2025, pukul 4.35 petang, seorang anak telah dilahirkan membawa harapan dan impian besar ke dunia ini.

Copy of Untitled - 2025-01-07T112519.045

Isa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Dia akan membawa cahaya kebaikan, melangkaui bangsa, agama, warna kulut dan menyatukan dunia dengan nilai kemanusiaan sejati," katanya.

Isa berkongsi perkara itu menerusi hantaran foto memperlihatkan anaknya yang baru dilahirkan di Instagram.

Dalam pada itu, Isa turut menyimpan impian agar anaknya itu mampu menjadi seorang insan setanding dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, dia yakin bayi itu bakal membesar menjadi insan yang mampu memimpin dan mengubah masa depan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Silap terlalu awal kongsi berita hamil, Isa Isarb sedih isteri keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil selepas alami keguguran, Isa Isarb enggan ulang kesilapan lalu

"Tepat 100 tahun yang lalu, pada 1925, lahir seorang tokoh bernama Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubah landskap Malaysia.

"Seratus tahun kemudian, anak saya lahir dengan takdirnya sendiri. Saya percaya pencapaiannya kelak akan seribu kali ganda lebih besar," ujarnya.

Sebelum ini, Isa mendedahkan impiannya untuk bergelar bapa tidak kesampaian selepas Lisa mengalami keguguran.

Untuk rekod, Isa dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2024 selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain