PENAMPILAN terkini pelakon Fasha Sandha dilihat mula mengenakan hijab mencuri perhatian ramai peminat. Rata-ratanya mendoakan agar Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, kekal istiqamah dengan imej menutup aurat itu. Ditanya mengenai penampilannya baharu itu, Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut, namun meminta orang ramai mendoakan dirinya. Fasha tidak mahu mengulas lanjut berhubung penampilannya berhijab. “Saya tiada komen berkenaan itu (memakai tudung). Maafkan saya. Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga,” katanya kepada mStar. Fasha memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Nona Superwoman Award 2024 di M World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu. Semasa majlis berkenaan, Fasha dilihat anggun mengenakan busana serba hitam berbatukan putih. ARTIKEL BERKAITAN: Masih banyak kekurangan dalam diri, Fasha Sandha hargai doa peminat mintanya bertudung ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha Sandha takut dengar rakan artis cerai, Aidil Aziz pula anggap setiap ujian ada hikmah Kata aktres itu lagi, dia tidak mahu berbicara mengenai perkara tersebut memandangkan banyak lagi aspek yang perlu dibaiki dalam dirinya. Malah Fasha juga mengakui yang dia belum cukup sempurna untuk bercakap perihal agama. Saya tiada komen berkenaan itu (memakai tudung). Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. FASHA SANDHA PELAKON “Saya adalah seorang manusia yang tidak boleh dan tidak layak bercakap dengan hal keagamaan sebab masih belum cukup sempurna. “Saya banyak lagi kelemahan yang harus dibaiki. Saya mohon ruang, saya belum cukup bagus,” ujarnya. Ditanya adakah ia merupakan azam sempena 2025, Fasha juga tidak mahu mengangguk sebagai tanda setuju. Fasha mengakui belum cukup sempurna untuk bercakap soal agama. Sementara itu, suaminya iaitu Aidil Aziz meminta supaya orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat Fasha. Kata Aidil, sebagai ketua keluarga, dia semestinya mahukan yang terbaik buat isterinya itu. “Doakan yang terbaik untuk Fasha. Saya sebagai suami sentiasa mahukan yang terbaik, jadi saya sentiasa mendoakan terbaik untuk dia,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube